RUU Tribunal Anti Buli sedia jadi jalan penyelesaian lebih cepat – Azalina

KOTA KINABALU – Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti Buli yang dicadangkan kerajaan bakal menjadi mekanisme baharu penyelesaian sivil yang lebih pantas, efisien dan mesra mangsa berbanding proses kehakiman konvensional, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, tribunal itu bersifat quasi-judicial (separa kehakiman) dan berfungsi sebagai badan bebas tanpa mengganggu sistem sedia ada di bawah pelbagai institusi seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kementerian Pertahanan.

Jelasnya, tribunal tersebut tidak akan mengganggu peraturan atau mekanisme tatatertib sedia ada dalam mana-mana institusi pendidikan, sebaliknya berfungsi sebagai peringkat kedua sekiranya terdapat rayuan atau ketidakpuasan terhadap keputusan asal.

“Akta ini tidak mengganggu sistem sedia ada. Itu adalah titik masuk (entry point) kami.

“Sekiranya ada aduan dan siasatan dijalankan, keputusan boleh dibuat di peringkat sistem masing-masing.

“Sebagai contoh, KPM boleh membuat keputusan atau tindakan berdasarkan peraturan mereka.

“Maka tribunal ini akan berperanan di peringkat kedua contohnya untuk rayuan atau ketidakpuasan terhadap keputusan asal,” katanya ketika sidang media selepas sesi Town Hall Anti Buli: #GenerasiTanpaBuli Peringkat Negeri Sabah di Hotel Le Meridien, di sini pada Khamis.

Azalina menjelaskan bahawa tribunal berkenaan memberi tumpuan kepada kes melibatkan individu bawah 18 tahun dan hanya menangani isu berbentuk sivil, bukan jenayah.

“Fokus tribunal ini ialah kepada kes melibatkan bawah 18 tahun, yang bermaksud bukan semua berada di sekolah.

“Dalam hal ini, definisi buli seperti yang dijelaskan dalam akta bukan merujuk kepada satu tingkah laku sahaja, tetapi pelbagai bentuk perlakuan,” katanya.

Tambah beliau, akta yang sedang digubal juga akan memperincikan komposisi tribunal termasuk peranan dan peraturannya dengan matlamat menyelesaikan kes dalam tempoh lebih singkat  mungkin dalam masa 60 hingga 90 hari.

“Secara asasnya, tribunal ini hanya menangani hal sivil, bukan jenayah. Bagi kes jenayah, seperti yang kita tahu, ia perlu melalui mahkamah jenayah.

“Tetapi bagi tribunal ini, mungkin ada kes di mana pihak terlibat mahu membuat tuntutan sivil,” katanya.

Beliau turut mengambil contoh kes mangsa buli yang memakan masa hingga sembilan tahun sebelum mendapat pampasan.

“Saya difahamkan Pesuruhjaya Kanak-Kanak pernah berkongsi satu kes yang mengambil masa hampir sembilan tahun untuk diselesaikan.

“Mereka mendakwa telah dibuli dan merasakan pihak sekolah serta kerajaan negeri bertanggungjawab.

“Akhirnya mereka menang kes itu dan mendapat pampasan sebanyak ratusan ribu ringgit.

“Namun, proses itu mengambil masa tujuh hingga sembilan tahun. Jika kes itu dibawa ke tribunal, ia boleh diselesaikan dalam kurang daripada setahun,” katanya.

Dalam pada itu, Azalina berkata, sistem quasi-judicial seperti tribunal itu mampu memberikan keadilan kepada semua pihak, termasuk mangsa dan pelaku, dengan proses yang lebih cepat dan adil.

“Saya selalu tekankan bahawa tribunal ini melihat kedua-dua pihak iaitu mangsa dan pelaku. Itulah kelebihan tribunal ia mempertimbangkan semua sudut.

“Jika melalui mahkamah, prosesnya panjang kadang-kadang pihak terlibat menjadi letih, masa berlalu, fakta dilupakan dan akhirnya mereka tidak mahu meneruskan kes,” ujarnya.

Related Posts

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

PUTRAJAYA – Pemberian Baucar Buku MADANI RM100 disifatkan bantuan tepat pada masanya ketika golongan mahasiswa ketika ini berdepan peningkatan kos sara hidup dan keperluan pembelajaran yang semakin tinggi. Mahasiwa Sarjana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKM beri amaran premis kesihatan tidak berlesen, penguatkuasaan akan diperhebat

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran bahawa sebarang penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan hanya boleh dijalankan di premis yang berdaftar atau berlesen di bawah Akta 586. Kementerian itu menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan