Dua polis didakwa peras ugut RM200

BALING – Dua anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan pemerasan berjumlah RM200 ke atas orang awam, September lalu.

Lans Koperal Sharif Abu Hurairah Abu Bakar, 24, dan Konstabel Mohammad Nashrul Alif Alahuddin, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak, lapor Berita Harian.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan terhadap Zulqadiri Mohd Sabri, 32, di tepi Jalan Parit Panjang, Kampung Asam Jawa, Pulai di sini, pada jam 7.38 malam, 19 September lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu bagi mendatangkan ketakutan kepada mangsa untuk menyerahkan wang tunai RM200.

Berikutan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun, denda atau sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md Salleh, manakala tertuduh diwakili peguam S Shathishbhabu.

Pendakwaan meminta setiap tertuduh dikenakan ikat jamin RM8,000.

Bagaimanapun, Shathishbhabu meminta kadar lebih rendah dikenakan berikutan kedua-dua anak guamnya yang bertugas di IPD Baling hanya menerima gaji kira-kira RM2,000 sebulan.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM3,000 seorang dengan seorang penjamin manakala 27 November ditetapkan bagi proses sebutan semula dan serahan dokumen.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam