Bomba Pahang rekod 11 kes kecemasan ketika panjat bukit, gunung

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerima 11 kes kecemasan ketika melakukan aktiviti mendaki di gunung dan bukit di negeri itu sepanjang tempoh Januari hingga 31 Ogos lalu.

Penolong Pengarah (Operasi dan Penyelamat) JBPM Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, berdasarkan statistik itu, sebanyak empat kes berlaku di gunung manakala tujuh kes di kawasan bukit membabitkan 21 individu.

Katanya, daripada 21 individu itu pula, empat mangsa mengalami kecederaan – masing-masing seorang di Gunung Buah Genting dan Gunung Jasa di Cameron Highland – serta Bukit Seladang dan Gunung Tahan di Jerantut.

“Seramai 17 individu pula sesat ketika melakukan aktiviti mendaki di gunung serta bukit namun mereka selamat.

“Sepanjang tempoh itu, tiada kematian direkodkan,” katanya dalam kenyataan media.

Bagi memastikan keselamatan ketika aktiviti mendaki, beliau menasihati semua pendaki terutama yang melakukannya secara berkumpulan supaya bergerak dan kekal dalam kumpulan.

Katanya, persediaan dan perancangan perlu dilakukan bersama, terutama mengetahui tahap keupayaan diri dan kumpulan serta memilih laluan yang sesuai dengan tahap kecergasan dan pengalaman ahli kumpulan.

Related Posts

Pegawai bomba didakwa terima rasuah sebagai dorongan keluarkan surat sokongan

ALOR SETAR – Seorang pegawai bomba didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM11,500 pada 2024 dan tahun lalu. Tertuduh Johari Bar Azwar, 40,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

KUANTAN – Sebanyak 2,485 barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah dengan nilai anggaran RM433,552.78 akan dilupuskan esok selepas selesai proses perundangan. Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai bomba didakwa terima rasuah sebagai dorongan keluarkan surat sokongan

Pegawai bomba didakwa terima rasuah sebagai dorongan keluarkan surat sokongan

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu