Zahnita pilih tutup kedai bakeri lepas 5 bulan operasi

SELEPAS hampir lima bulan beroperasi, model dan usahawan, Zahnita Wilson, membuat keputusan menutup kedai pai dan bakeri miliknya yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.

Pengumuman itu dibuat Zahnita, 40, menerusi video dimuat naik di akaun media sosialnya, semalam.

Menurut Zahnita, keputusan menutup premis perniagaan diusahakan bersama kakaknya itu dibuat selepas menyedari dirinya tidak lagi mampu bertahan menghadapi tekanan menguruskan operasi harian dan hal peribadi yang semakin menekan emosi serta fizikal.

“Saya menekan butang panik sekali lagi kerana saya tak fikir mampu meneruskannya.

“Saya tak kuat untuk teruskan lagi perniagaan ini, jadi saya berhasrat menutup kedai dan kembali sebagai home baker,” luahnya, lapor Berita Harian.

Zahnita berkata, perjuangan sepanjang mengendalikan perniagaan itu bukan mudah dan menuntut banyak pengorbanan.

“Perjuangan ini amat berat sebenarnya. Terlalu banyak perkara yang perlu saya uruskan dalam satu masa,” katanya.

Dalam video berkenaan, Zahnita turut menzahirkan penghargaan kepada pelanggan yang menyokong perniagaannya sejak mula beroperasi.

“Terima kasih kepada semua pelanggan yang menyokong saya selama ini. Saya sangat menghargainya,” katanya.

Meskipun sedih dengan keputusan menutup kedai, Zahnita percaya langkah itu yang terbaik buat masa ini demi kesejahteraan dirinya,

Perniagaan yang dikenali sebagai Zahnita Humble Pie itu mula beroperasi hujung tahun lalu dari rumah, sebelum berkembang menjadi kedai fizikal pada 1 Jun lalu berikutan sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Difahamkan, Zahnita menceburi bidang perniagaan sebagai usaha menampung kehidupan selepas berdepan kemelut rumah tangga.

Related Posts

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

PUTRAJAYA – Keputusan menghentikan tayangan filem Konspirasi di pawagam  dibuat atas pertimbangan dalaman syarikat tanpa dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan. Penerbit filem itu, Elepfilm Entertainment menegaskan, langkah drastik tersebut diambil setelah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ASA 2026 diperbaharui, tampil konsep Broadway sempena 80 tahun RTM

KUALA LUMPUR – Penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA) bakal tampil dengan kelainan menerusi pembaharuan konsep dan penstrukturan kategori pertandingan, sejajar usaha memastikan acara berprestij itu terus seiring perkembangan industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow