ASA 2026 diperbaharui, tampil konsep Broadway sempena 80 tahun RTM

KUALA LUMPUR – Penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA) bakal tampil dengan kelainan menerusi pembaharuan konsep dan penstrukturan kategori pertandingan, sejajar usaha memastikan acara berprestij itu terus seiring perkembangan industri penyiaran serta media digital negara.

Mengangkat tema “Segalanya Bermula Di Sini”, edisi ke-37 ASA mengetengahkan konsep persembahan muzikal Broadway bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, sebanyak 60 kategori utama akan dipertandingkan meliputi televisyen, radio dan media baharu, selain dua anugerah khas yang dikekalkan bagi menghargai sumbangan besar dalam industri.

“ASA 2026 bakal mempertandingkan sebanyak 60 kategori melibatkan 40 kategori televisyen, 17 kategori radio dan tiga kategori media baharu.

“Selain itu, dua kategori khas iaitu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Seri Angkasa turut dipertandingkan menjadikan keseluruhan sebanyak 62 kategori,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pencalonan ASA Edisi Ke-37 di Menara 118, semalam.

Beliau berkata, antara pembaharuan yang diperkenalkan termasuk mengembalikan kategori Pengulas Radio Terbaik yang kali terakhir dipertandingkan pada 2022.

Dalam masa sama, beberapa kategori media baharu turut disusun semula bagi memberi ruang kepada format kandungan yang semakin berkembang dan pelbagai.

“Kategori Drama Bersiri Terbaik akan dimansuhkan dan digabungkan menjadi kategori baharu yang ditambah baik iaitu Drama, Drama Bersiri serta Drama Mikro Terbaik.

“Sementara itu, kategori Kandungan Video Terbaik dijenamakan semula kepada Video Pendek Terbaik,” jelas beliau.

ASA yang berlangsung secara dwitahunan menjadi platform penghargaan kerajaan melalui Kementerian Komunikasi kepada penggiat industri penyiaran dan kreatif tempatan, khususnya tenaga produksi serta warga kerja di belakang tabir.

Pada masa sama, Nie Ching berkata industri kreatif kini muncul sebagai sektor strategik yang berpotensi menyumbang lebih besar kepada ekonomi negara.

“Negara menyasarkan peningkatan sumbangan industri kreatif tempatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara tujuh hingga 10 peratus bagi tahun ini.

“Sehingga April 2026, melalui komitmen berterusan Kementerian Komunikasi bersama agensi di bawahnya, industri kreatif telah mencatatkan sumbangan sebanyak 6.8 peratus kepada KDNK negara,” katanya.

Related Posts

Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL, CIMB anjur konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka
  • AdenAden
  • August 26, 2026

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka di sini bakal menghimpulkan barisan artis dan pengiat seni tanah air pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar