Pengasas bersama Kiss, Ace Frehly tutup usia

DUNIA muzik rock antarabangsa kehilangan figura agungnya apabila pengasas dan pemain gitar utama kumpulan Kiss, Ace Frehley, meninggal dunia pada usia 74 tahun, lapor The Guardian.

Menurut kenyataan dikeluarkan keluarganya, dia menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di sini, semalam, akibat komplikasi kecederaan dialami selepas terjatuh baru-baru ini.

“Kami benar-benar hancur dan berdukacita. Kami bersyukur dapat berada di sisinya ketika detik terakhirnya.

“Ace pergi dengan tenang dan kenangan tentangnya akan terus hidup selamanya,” ujar kenyataan rasmi keluarga mendiang.

Dilahirkan sebagai Paul Daniel Frehley di New York City pada 1951, dia menubuhkan kumpulan Kiss pada 1973 bersama vokalis utama Paul Stanley, pemain bass Gene Simmons dan pemain dram Peter Criss.

Selepas berita pemergian mendiang tersebar, dua rakan seperjuangannya dalam Kiss, Stanley dan Simmons, turut menzahirkan kesedihan atas apa yang berlaku.

“Frehley adalah pejuang sejati dunia rock yang tiada pengganti. Dia sebahagian daripada legasi agung Kiss dan jasanya akan sentiasa terpahat dalam sejarah muzik.

“Kami merakamkan penghargaan kepada semua yang menyayangi dan menghormati beliau, termasuk jutaan peminat di seluruh dunia,” kata Stanley dan Simmons dalam kenyataan bersama.

Related Posts

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

PUTRAJAYA – Keputusan menghentikan tayangan filem Konspirasi di pawagam  dibuat atas pertimbangan dalaman syarikat tanpa dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan. Penerbit filem itu, Elepfilm Entertainment menegaskan, langkah drastik tersebut diambil setelah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ASA 2026 diperbaharui, tampil konsep Broadway sempena 80 tahun RTM

KUALA LUMPUR – Penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA) bakal tampil dengan kelainan menerusi pembaharuan konsep dan penstrukturan kategori pertandingan, sejajar usaha memastikan acara berprestij itu terus seiring perkembangan industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman