Terengganu tercorot bukan kerana Pusat, tapi gagal urus air sendiri

TATKALA media rasmi Kerajaan Negeri, Teganukita, cuba meniupkan naratif kononnya Kerajaan Persekutuan menzalimi Terengganu dalam isu peruntukan air, rakyat wajar bertanya siapa sebenarnya yang gagal mengurus bekalan air hingga rakyat terus menderita saban hari?

Realitinya mudah: bukan kerana peruntukan kecil, tetapi kerana pengurusan negeri yang lemah.

RM1.2 juta bukan isu tetapi ke mana pergi ratusan juta sebelum ini?

Menurut infografik Teganukita, Terengganu hanya menerima RM1.2 juta daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Namun mereka lupa bahawa sejak beberapa tahun lalu, negeri itu telah pun menerima peruntukan besar di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, termasuk projek Loji Pulau Bahagia, Hulu Terengganu Fasa 3 dan pelbagai inisiatif mitigasi kehilangan air (NRW).

Jumlah keseluruhannya mencecah ratusan juta ringgit, tetapi hasilnya tetap sama paip bocor, tekanan rendah, dan rakyat mengeluh setiap kali musim perayaan.

SATU gagal urus, rakyat jadi mangsa

Masalah sebenar bukanlah Putrajaya. Masalahnya ialah Syarikat Air Terengganu (SATU) yang beroperasi di bawah kerajaan negeri.

Laporan Audit Negara pernah menegur kadar kehilangan air di Terengganu yang mencecah lebih 50 peratus, antara yang tertinggi di Malaysia.

Jika separuh air yang dirawat hilang sebelum sampai ke pengguna, maka tidak hairanlah peruntukan besar sekalipun tidak membawa perubahan.

Apakah gunanya menyalahkan Pusat sedangkan paip bocor pun tidak mampu diganti dengan cekap?

Pas guna propaganda air untuk cuci ‘dosa’ tadbir

Inilah permainan biasa Pas setiap kali berdepan kegagalan pentadbiran.
Apabila isu timbul mereka salahkan Pusat. Apabila rakyat marah mereka reka graf dan infografik untuk meraih simpati.

Sama seperti isu royalti minyak, naratif “kami dizalimi” menjadi perisai politik paling selamat untuk menutup kelemahan sendiri.
Tapi rakyat Terengganu sudah sedar setiap tahun tarif air naik, tetapi paip tetap kering.

Fakta yang cuba disorok

Kerajaan Negeri tidak beritahu bahawa:

Negeri lain seperti Johor dan Pulau Pinang menerima peruntukan lebih tinggi kerana mereka membina loji baharu, bukan sekadar menampung operasi harian.

Negeri seperti Melaka dan Negeri Sembilan sedang melaksanakan projek bekalan alternatif rentas sempadan, justeru memerlukan dana tambahan.

Terengganu pula sudah lengkap dengan loji dan empangan sedia ada sepatutnya sudah berdikari dengan hasil air sendiri, bukannya terus bergantung.

Maka logiknya, peruntukan kecil bukan diskriminasi, tetapi tanda negeri itu sudah diberi cukup sebelumnya.

Rakyat tidak Haus, tapi muak dengan alasan

Selama ini Pas gah melaung ‘Negeri Islam Sejahtera’. Tetapi dalam hal pengurusan air asas kehidupan mereka gagal menzahirkan keadilan dan amanah yang dilaungkan.

Air tidak mengenal parti, tetapi rakyat tahu siapa yang menyebabkan mereka terpaksa mandi dengan baldi setiap kali paip kering.

Kerajaan Pusat bukan musuh Terengganu. Musuh sebenar ialah kelemahan tadbir urus negeri yang masih hidup dalam politik menyalahkan orang lain.

Terengganu tercorot bukan kerana dizalimi, tetapi kerana Kerajaan Negeri gagal menukar air mata rakyat menjadi air paip yang mengalir.

Selagi mentaliti ‘Pusat zalim’ dijadikan alasan, selagi itulah paip Terengganu terus kering dan rakyat terus haus menunggu kejujuran pentadbiran.

Related Posts

SOP pastikan ibadah korban lebih selamat dan terkawal perlu dilaksana secara pragmatik

AIDILADHA sentiasa membawa suasana penuh makna kepada umat Islam apabila masjid, surau dan kawasan kejiranan kembali hidup dengan pelaksanaan ibadah korban selain memperlihatkan semangat kebersamaan serta gotong-royong masyarakat dalam menghidupkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN retak dari dalam: Kenyataan Bersatu dedah perebutan kuasa makin kritikal

KENYATAAN media rasmi Biro Politik Bersatu pada 24 Mei 2026 dilihat bukan lagi sekadar penjelasan terhadap kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, tetapi menjadi petunjuk paling jelas bahawa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar