Bekas pelajar ILPP 1990 anjur majlis reunion

KUANTAN – Seramai 53 bekas pelatih Institut Latihan Perindustrian Petroleum (ILPP) tahun 1990 mengadakan majlis reunion atau pertemuan semula, semalam.

Majlis itu adalah julung kali diadakan selepas 35 tahun mereka ‘berpisah’ selepas menamatkan latihan di ILPP.

Wakil pelatih yang hadir, Azleyzam Aziz berkata, tujuan utama majlis reunion itu diadakan adalah bagi merapatkan semula hubungan persahabatan antara mereka.

“Masa di ILPP dulu, memang kami semua sangat rapat dan selepas selesai belajar di situ, masing-masing sibuk dengan kerjaya.

“Sekarang dah lebih 30 tahun kami tak jumpa dan meluangkan masa bersantai ramai-ramai macam ini… memang gembira bila dapat berkumpul semula,” katanya.

Majlis itu diadakan di Teratak PokDi, dekat Pantai Batu Hitam yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar raya Kuantan.

Pelbagai acara menarik membabitkan ahli keluarga masing-masing diadakan sepanjang majlis berlangsung.

Ia termasuk permainan tradisional dan aktiviti riadah lain.

“Pada sebelah malam, kami adakan sesi ta’aruf dan chit-chat bagi mengimbau kenangan zaman latihan di ILPP serta berkongsi pengalaman hidup dan kerjaya selepas menamatkan latihan,” kata Azleyzam.

Related Posts

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

BETONG – Lapangan terbang baharu, Bebuling STOLport di Spaoh dekat sini mencatat sejarah tersendiri apabila menerima pendaratan percubaan sulung sebuah pesawat jenis Super King 300 (9M-WSD) pada Jumaat. Pesawat yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

MIRI – Pemilikan rumah tidak wajar dilihat sekadar aset hartanah semata-mata, sebaliknya ia merupakan komitmen jangka panjang dan asas penting dalam perancangan masa depan sesebuah keluarga. Datuk Bandar Miri merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

Cuba seludup syabu ke Sabah, lelaki ditahan bersama dadah RM4.3 juta

Cuba seludup syabu ke Sabah, lelaki ditahan bersama dadah RM4.3 juta

Stor proses dadah diserbu, MDMA dan ketamin bernilai RM12.89 juta dirampas

Stor proses dadah diserbu, MDMA dan ketamin bernilai RM12.89 juta dirampas