Chelsea bergaya atasi Forest

DUA jaringan pantas Josh Acheampong dan Pedro Neto memadam cabaran Nottingham Forest apabila skuad bimbingan Ange Postecoglou tewas 0-3 di tangan Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris di City Ground, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Chelsea melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).

Postecoglou masih gagal mencatat sebarang kemenangan sejak mengambil alih Forest, dan kekalahan keempat berturut-turut itu dijangka menambah tekanan terhadap bekas pengendali Tottenham itu, dengan Sean Dyche antara nama dikait menggantikannya.

Forest terlebih dahulu memiliki beberapa peluang menarik pada babak pertama namun gagal dimanfaatkan, sebelum dihukum selepas rehat.

Pemain muda berusia 19 tahun, Acheampong, tidak dikawal untuk menjaringkan gol pertamanya bersama Chelsea hasil hantaran Neto.

Hanya beberapa minit kemudian, Neto menggandakan kedudukan menerusi sepakan percuma deras menembusi benteng lawan, sebelum Reece James menambah jaringan ketiga di penghujung permainan.

Kekecewaan penyokong tuan rumah semakin memuncak apabila laungan ‘anda dipecat esok pagi’ kedengaran manakala pemilik kelab, Evangelos Marinakis, dilihat meninggalkan tempat duduknya pada minit ke-66.

Postecoglou berdepan tugasan getir untuk menyelamatkan kedudukannya menjelang aksi Liga Europa menentang Porto, Khamis ini.

Related Posts

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang