PRN17 Sabah: BN sedia kerjasama bentuk kerajaan, fokus pembangunan dan kestabilan politik

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan politik demi membentuk Kerajaan Negeri Sabah, sekali gus memastikan pembangunan dan kestabilan politik di negeri itu pasca Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu mengakui bahawa tiada satu parti pun yang benar-benar dominan di Sabah berdasarkan analisis semasa, justeru kerjasama antara parti adalah penting bagi memastikan kerajaan yang dibentuk kukuh dan berfungsi dengan efektif.

“Ini kalilah peluang untuk kita merampas semula negeri Sabah.

“Tetapi realitinya, tiada satu parti politik yang dominan. Itu hakikatnya. Insya-Allah, UMNO sanggup bekerjasama dengan mana-mana gabungan dan parti untuk membentuk kerajaan supaya kita sama-sama berkongsi kuasa,” katanya dalam ucapanya ketika merasmikan Program Pemerkasaan Wanita MARA dan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI 2025, di sini pada Sabtu.

Zahid turut menegaskan komitmen BN untuk melaksanakan semua aku janji dalam manifesto yang akan dilancarkan, sekiranya diberikan mandat oleh rakyat pada pilihan raya akan datang.

“Untuk satu penggal pertama, kita akan laksanakan semua aku janji yang tercatat dalam manifesto.

“Itu sebab kita mesti menangkan semua calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kali ini.” jelasnya.

Beliau juga menggesa agar rakyat Sabah mengetepikan perbezaan etnik, budaya dan agama demi matlamat yang lebih besar pembangunan semula negeri.

“Saya benar-benar harapkan kali ini kita lupakan perbezaan dalam diri kita.

“Soal bahasa, etnik, budaya dan agama. Yang penting, Sabah mesti membangun semula. Sabah mesti maju.” ujarnya.

Sementara itu, Zahid turut menyuarakan harapan agar rakyat tidak terus mempolitikkan segala isu, sebaliknya memberi ruang kepada perbincangan dan penyelesaian yang lebih konstruktif demi masa depan bersama.

Related Posts

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

KOTA KINABALU – Keputusan Anthony Loke untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan disifatkan sebagai langkah sukar yang mencerminkan kepimpinan berteraskan prinsip tanpa mengabaikan kepentingan pentadbiran kerajaan. Pengarah Dasar Kebangsaan DAP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63