RM9.1 juta nilai rampasan bukti kecekapan, ketegasan ESSCOM jaga perairan negara

LAHAD DATU – Kejayaan membanggakan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan nilai rampasan sehingga RM9.1 juta sepanjang tahun ini membuktikan kecekapan dan ketegasan dalam menjaga keselamatan perairan serta sempadan negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. 

Beliau berkata, setiap operasi yang dijalankan menggambarkan keazaman dan semangat juang warga ESSCOM yang tidak pernah mengenal erti penat dalam mempertahankan keselamatan negara khususnya negeri ini. 

“Segala pencapaian ini tidak mungkin dicapai tanpa dedikasi, disiplin dan semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam kalangan pegawai serta anggota ESSCOM bersama agensi sahabat seperti PDRM, ATM dan APMM. 

“Kalian bukan sahaja menjadi benteng utama negara di Zon Selamat Sabah Timur, tetapi juga lambang kekuatan dan keteguhan Malaysia dalam menjaga kedaulatan wilayahnya,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan aset bot laju di sini, pada Sabtu. 

Sepanjang tahun ini, ESSCOM telah melaksanakan lebih 1.6 juta pemeriksaan fizikal terhadap individu, kenderaan dan bot di seluruh kawasan operasi. 

“Daripada jumlah itu, sebanyak 233 tangkapan berjaya dibuat atas pelbagai kesalahan, diikuti rampasan 106 buah kenderaan dan bot serta pengusiran empat orang pendatang asing tanpa izin (PATI) melibatkan dua buah kapal di sempadan negara. 

“Nilai keseluruhan keberhasilan operasi ini juga amat signifikan, melebihi RM9.1 juta, merangkumi rampasan rokok dan barangan kawalan bernilai RM5.8 juta, selain rampasan dadah serta barangan PATI bernilai RM3.3 juta,” katanya. 

Tambahnya, kecekapan operasi dan kerjasama erat antara pelbagai agensi keselamatan juga berjaya mengekalkan rekod sifar insiden penculikan selama hampir enam tahun iaitu sejak 15 Januari 2020 hingga semalam.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan