Universiti perlu jadi ejen pembangunan masyarakat – Mustapha

KOTA KINABALU – Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Ts Mustapha Sakmud menekankan bahawa universiti bukan lagi hanya berperanan sebagai pusat pengajian ilmu, tetapi perlu menjadi ejen pembangunan masyarakat yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.

“Universiti kini tidak lagi berfungsi hanya sebagai pusat ilmu, tetapi sebagai ejen pembangunan masyarakat di mana tempat lahirnya idea, inovasi dan insan yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Komuniti Universiti Malaya: UMCares@Sepanggar di Balai Raya Kampung (Kg) Bambangan, Inanam, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau menghargai sokongan padu pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat terhadap usaha universiti dalam memperkukuh jalinan ilmu dan masyarakat.

Menurutnya, program seperti UMCares@Sepanggar mencerminkan nilai-nilai Malaysia MADANI yang diterjemahkan melalui pelbagai aktiviti seperti program saringan kesihatan, projek komuniti berasaskan kelestarian dan penyertaan sukarelawan universiti di lapangan.

“Inilah universiti yang kita mahukan iaitu universiti berjiwa rakyat, berilmu dan berempati.

“KPT berpegang kepada prinsip bahawa ilmu hanya bermakna apabila dimanfaatkan untuk masyarakat,” katanya.

Tambahnya, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, KPT berusaha memastikan universiti memainkan peranan sebagai rakan pembangunan negara, bukan sekadar institusi pengajian semata-mata.

“Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah Program Kampung Angkat MADANI, Sekolah Angkat MADANI dan Sejati MADANI, yang menuntut universiti menyesuaikan kepakaran mereka dengan keperluan setempat dalam bidang pendidikan, keusahawanan, kesihatan awam dan pemerkasaan sosioekonomi,” ujarnya.

Beliau turut menyeru masyarakat agar memanfaatkan peluang daripada program seumpama ini untuk menimba ilmu, menjalin kerjasama dan membangunkan potensi diri, demi melahirkan masyarakat yang lebih berdaya tahan, berpengetahuan dan berakhlak.

Related Posts

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

SEPANGGAR – Satu usaha untuk mendokumentasikan resipi tradisional masyarakat di Sepanggar menerusi penerbitan Dapur Sepanggar sedang dilaksanakan, kata Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud. Beliau berkata, inisiatif itu akan menghimpunkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

KOTA KINABALU – Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) diwujudkan bagi memastikan pelbagai inisiatif kerajaan dapat disampaikan secara terus kepada masyarakat, khususnya golongan belia di kawasan luar bandar. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat

BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan

BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan