Fokus utama PMX ialah pembangunan diri manusia – KP JKOM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa konsisten dalam perjuangan politik dan kepemimpinannya, dengan memberi tumpuan terhadap pembangunan insan sebagai asas pembinaan negara bangsa, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Beliau berkata, fokus utama Perdana Menteri bukan sekadar membangunkan negara dari segi material atau fizikal, tetapi lebih kepada mengangkat harakat dan darjat manusia sebagai tunjang kepada gagasan Malaysia MADANI.

“Bagi beliau membina negara bangsa ini dia bukan soal membangunkan bangunan tinggi-tinggi, bukan dari segi pembangunan material semata-mata tetapi dia terkait dengan soal pembangunan diri manusia itu.

“Fokusnya ialah mengangkat darajat manusia, kalau dalam konteks agama disebut sebagai peranan kekhalifahan untuk memakmurkan bumi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siaran podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Ismail berkata, pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri itu berpaksikan kepada falsafah dan perjalanan hidup beliau sendiri yang panjang dalam dunia aktivisme, sosial dan politik.

“Bagi saya, Malaysia MADANI ini adalah perjalanan hidup Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itulah perjalanan dia daripada zaman remajanya, zaman sebagai aktivis sosial, sebagai pemimpin politik dalam kerajaan, di luar kerajaan, zaman reformasi. Sebab itu bila beliau diangkat menjadi Perdana Menteri, beliau sangat konsisten,” katanya.

Beliau menambah, manhaj atau pendekatan Perdana Menteri dalam membina Malaysia MADANI perlu difahami secara menyeluruh supaya wujud kesatuan fikrah dan pandangan dunia (worldview) dalam usaha memperkukuh pembinaan negara bangsa.

“Bila disebut Manhaj Anwar Ibrahim ini penting untuk bagi kita memahami membangun Malaysia MADANI ini versinya Anwar Ibrahim. Yang itu bagi saya penting kerana supaya ada satu kesatuan fikrah, ada satu ‘worldview’ yang sama,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ismail menjelaskan bahawa gagasan Malaysia MADANI bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya kesinambungan daripada proses pembinaan negara sejak merdeka.

“Perdana Menteri ketika peluncuran membangun Malaysia MADANI, bila menyebutkan kita bukan memulakan, kita hanya meneruskan. Dan bukanlah kita nak menolak segala apa yang telah dilakukan dahulu. Yang baik kita pertahankan,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa perjuangan membina Malaysia MADANI perlu dilihat dalam konteks cabaran semasa yang digambarkan sebagai ‘post normal time’ atau zaman ketidaktentuan.

Ismail menegaskan bahawa melalui pendekatan yang berpaksikan nilai dan akhlak, Anwar berusaha memastikan pembangunan negara bukan hanya mengutamakan kemajuan fizikal, tetapi juga kesejahteraan insan dan kemakmuran peradaban

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX