FAM tubuh Jawatankuasa Khas siasat isu dokumen palsu pemain

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyiasat punca kesilapan teknikal di peringkat pentadbiran yang menyebabkan badan induk itu dikenakan hukuman oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman digantung tugas serta-merta berkuat kuasa semalam bagi memberi laluan kepada siasatan dijalankan.

“Bagi mengelakkan isu sama berulang pada masa hadapan dan selaras dengan piawaian tertinggi bola sepak antarabangsa, Setiausaha Agung FAM digantung daripada tugas sementara waktu bermula hari ini (Jumaat).

“Siasatan lanjut akan dijalankan oleh jawatankuasa bebas secara telus tanpa campur tangan mana-mana pihak.

“Setiausaha Agung sebagai ketua sekretariat mengambil tanggungjawab penuh terhadap perkara ini,” katanya pada sidang media khas di Wisma FAM, pada Jumaat.

Sivasundaram menjelaskan, langkah penggantungan itu penting bagi memastikan proses siasatan oleh jawatankuasa bebas dapat dilaksanakan secara adil, telus dan profesional.

“FAM tidak akan campur tangan dan keputusan akhir hanya akan dibuat selepas jawatankuasa bebas menyiapkan laporan penuh mereka,” jelasnya.

Sebelum ini, FAM mengesahkan wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen pemain yang dilakukan oleh kakitangan pentadbirannya.

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman