Dunia kini berdepan cabaran komunikasi era ‘postnormal time’ – KP JKOM

KUCHING – Dunia kini sedang berdepan cabaran komunikasi yang sangat mencabar dalam era dikenali sebagai ‘postnormal time’ iaitu zaman yang sarat dengan kekeliruan, kelajuan maklumat dan pelbagai bentuk persepsi hingga masyarakat sukar membezakan antara fakta dan fitnah.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, keadaan itu menuntut semua ‘Key Communicator’ kerajaan untuk memainkan peranan penting dalam memastikan mesej yang disampaikan kepada rakyat berlandaskan kebenaran, fakta dan nilai kemanusiaan.

“Maklumat dan fakta kini dua perkara yang berbeza. Persepsi yang dibentuk melalui media sosial telah banyak mempengaruhi cara masyarakat berfikir dan menilai sesuatu isu,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Kuching, pada Sabtu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Abah berkata, krisis kepercayaan (trust deficit) terhadap kerajaan dan institusi awam berpunca daripada ledakan maklumat tidak sahih yang membentuk persepsi salah dalam kalangan rakyat.

“Kalau kita tidak menentukan naratif masa depan, media sosial yang akan menentukannya,” tegasnya.

Madani milik semua rakyat, bukan slogan politik

Ismail menjelaskan bahawa gagasan Malaysia MADANI bukanlah slogan politik atau hak eksklusif mana-mana tokoh, sebaliknya merupakan gagasan kemanusiaan dan peradaban bangsa Malaysia yang menuntut kemajuan menyeluruh dalam pemikiran, akhlak, pembangunan dan kemasyarakatan.

“MADANI bermaksud kemajuan dari segi pemikiran, akhlak, pembangunan kebendaan dan kemasyarakatan. Ia mencerminkan masyarakat yang beradab dan bertamadun. MADANI bukan milik Anwar Ibrahim atau kerajaan semata-mata tetapi milik kita semua sebagai warganegara,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia MADANI ialah kerangka pembinaan negara bangsa yang berteraskan nilai kemanusiaan sejagat, dan setiap rakyat mempunyai tanggungjawab untuk memperkukuh perpaduan serta kepercayaan sosial melalui komunikasi berhemah dan positif.

Naratif kerajaan perlu dibina bersama rakyat

Menurut Ismail, pembinaan negara bangsa adalah proses berterusan (work in progress) yang memerlukan kesedaran bersama supaya masa depan negara tidak ditentukan oleh pihak luar atau anasir maklumat palsu.

“Jika kita tidak merancang masa depan yang kita mahukan, maka media sosial dan kuasa luar akan menentukannya bagi pihak kita,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya pendidikan kenegaraan dan kesedaran sejarah dalam kalangan generasi muda yang kini menjadi pengundi majoriti, agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan naratif dangkal atau ideologi luar.

“Anak-anak muda hari ini tidak lagi mempunyai sentimen sejarah terhadap perjuangan bangsa. Kita perlu mendidik mereka tentang makna negara dan nilai hidup bersama dalam kepelbagaian seperti yang diamalkan di Sarawak,” ujarnya.

Key Communicator benteng naratif Kerajaan MADANI

Beliau  menegaskan bahawa ‘Key Communicator’ berperanan bukan sekadar penyampai mesej rasmi kerajaan, tetapi juga penjaga naratif nasional yang mesti menyampaikan maklumat dengan integriti serta menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat.

“Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi negara ini tanggungjawab kita semua. Jangan sekali-kali kita biarkan masa depan ditentukan oleh keadaan tanpa bimbingan nilai,” katanya mengakhiri ucapan.

Related Posts

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

WALAUPUN dua negara ini berdekatan dan mempunyai budaya hampir sama tetapi memilih pendekatan yang sangat berbeza dalam soal bayaran kepada pemimpin tertinggi negara. Ketika Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran