MB Perlis enggan ulas, belum dengar habis audio mirip suaranya

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli enggan mengulas lanjut mengenai penularan audio mirip suaranya yang dikaitkan dengan isu campur tangan Istana Arau dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Mohd Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang berkata, beliau belum meneliti sepenuhnya kandungan audio berkenaan.

“Berhubung penularan audio itu, saya tidak boleh komen kerana saya tidak dengar habis lagi rakaman itu.

“Beri saya masa untuk dengar audio dulu, barulah saya boleh komen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Mai Kita Sembang Masa Depan Perlis dan Penyampaian Elaun Bulanan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Perlis di Dewan Warisan, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Mohd Shukri menegaskan beliau sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak polis sekiranya diperlukan untuk membantu siasatan.

Katanya, setakat ini beliau belum dipanggil oleh pihak berkuasa bagi tujuan tersebut.

Semalam, Pemuda UMNO Arau membuat laporan polis berhubung video yang memaparkan audio mirip suara Mohd Shukri dipercayai menyentuh perihal campur tangan Istana Arau dalam keputusan kerajaan negeri.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim mengesahkan kes itu kini disiasat oleh Bukit Aman dan polis Perlis sedia membantu bagi melengkapkan siasatan sekiranya diperlukan.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman