KPDN Perak terima lapan aduan pelanggaran subsidi BUDI95

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menerima lapan aduan berhubung pelanggaran peraturan Program Subsidi Bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di sekitar negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, lima aduan telah diselesaikan manakala tiga lagi masih dalam tindakan susulan berkaitan manipulasi meter pam dan isian petrol yang kurang daripada sepatutnya.

“Hasil pemeriksaan mendapati jumlah liter petrol masih dalam had selisih yang dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2025 peringkat negeri Perak di sini, pada Jumaat.

Beliau menegaskan tiada aduan diterima berhubung penyalahgunaan kad pengenalan oleh warga asing untuk menikmati subsidi di bawah program berkenaan.

Dalam pada itu, Kamalludin memberi jaminan bekalan makanan asas di negeri ini mencukupi menjelang musim Monsun Timur Laut, sambil menegaskan tindakan tegas menanti peniaga yang menyorok bekalan untuk menaikkan harga.

“Seramai 195 anggota penguat kuasa dan 72 pegawai pemantau harga akan melakukan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan.

“Termasuk di lokasi strategik sepanjang pelaksanaan SHMMP Deepavali 2025 bermula 16 sehingga 22 Oktober nanti.

“Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang menyorok bekalan makanan untuk tujuan menaikkan harga, KPDN akan ambil tindakan tegas,”jelasnya.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji