PKR Sabah sokong penuh usaha kembalikan hak 40 peratus hasil negeri

KOTA KINABALU – PKR Sabah menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengarahkan Kerajaan Persekutuan melaksanakan semakan pemberian khas 40 peratus hasil negeri Sabah seperti termaktub di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

PKR Sabah menyifatkan keputusan itu sebagai satu kemenangan penting bagi rakyat Sabah setelah 48 tahun tanpa sebarang semakan rasmi terhadap hak yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

“PKR Sabah menegaskan bahawa pengembalian hak 40 peratus ini bukan sekadar isu kewangan, tetapi lambang keadilan dan penghormatan terhadap semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kami menyeru agar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah yang bakal dibentuk nanti segera duduk semeja dalam tempoh 90 hari seperti diperintahkan Mahkamah, dan memastikan pelaksanaan sebenar bayaran khas 40 peratus ini dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Pihaknya turut menegaskan komitmen untuk menjadi suara rakyat yang memastikan keadilan perlembagaan ini tidak lagi tertangguh oleh birokrasi mahupun politik kepartian.

“PKR Sabah akan terus berdiri teguh bersama rakyat dan kepimpinan YAB Perdana Menteri dalam memperjuangkan pelaksanaan penuh hak-hak Sabah di bawah MA63, termasuk semakan berkala pemberian khas 40 peratus ini yang menjadi hak mutlak rakyat Sabah sejak penubuhan Malaysia,” tambahnya.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX