PGA Kunak tahan penjawat awam, rampasan termasuk rokok seludup lebih RM192,000

SEMPORNA – Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak berjaya menahan seorang penjawat awam dan merampas barangan termasuk rokok seludup dengan bernilai RM192,600 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit Tiga, Jalan Kabogan, pada Isnin.

Pemangku Komander Briged Sabah PGA, Asisten Komisioner Ahmad Radzi berkata, tangkapan dan rampasan itu dibuat Task Force Perisikan Batalion 22 PGA Kunak dengan bantuan Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna menerusi Operasi Bersepadu Intra (Op Taring Alpha 1).

Beliau berkata, hasil risikan mendapati seorang lelaki sedang memunggah beberapa beg plastik hitam dari sebuah rumah ke dalam bonet kereta jenis Toyota Camry warna perak.

“Serbuan dilakukan dan hasil pemeriksaan menemukan sejumlah rokok tanpa cukai di dalam kenderaan serta di dalam rumah tersebut.

“Antara barangan yang dirampas ialah pelbagai jenis rokok tanpa cukai, sebuah kenderaan, dua unit telefon bimbit dan dokumen berkaitan,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Menurutnya, tangkapan dan rampasan diserah kepada IPD Semporna untuk siasatan dan tindakan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Suspek yang ditahan merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Sabah.

“Task Force Perisikan Batalion 22 PGA Kunak akan terus mempergiatkan usaha membanteras aktiviti penyeludupan dan penyelewengan barangan terkawal di bawah kawasan tanggungjawabnya, sejajar dengan peranan Pasukan Gerakan Am dalam mengekang jenayah rentas sempadan dan menjaga keselamatan negara,” tegasnya.

Related Posts

Lelaki ditemukan maut di rumah jagaan, lima individu ditahan

IPOH – Kematian seorang lelaki berusia 54 tahun di sebuah rumah jagaan di Tanjung Rambutan, di sini, yang ditemukan mempunyai beberapa kesan kecederaan pada tubuhnya kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan sebuah vesel nelayan tempatan selepas 10 kru warga asing di atas vesel itu gagal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga keluarga RXZ Member 8.0 maut terima Faedah Sepanjang  Hayat Perkeso

  • By Aden
  • August 5, 2026
Tiga keluarga RXZ Member 8.0 maut terima Faedah Sepanjang  Hayat Perkeso

35 hingga 40 Ahli Parlimen dijangka bahas Laporan RCI Tabung Haji pada sidang khas 11 Ogos

35 hingga 40 Ahli Parlimen dijangka bahas Laporan RCI Tabung Haji pada sidang khas 11 Ogos

Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar

Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar

Lelaki ditemukan maut di rumah jagaan, lima individu ditahan

Lelaki ditemukan maut di rumah jagaan, lima individu ditahan

10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

Jauteh seru warga PDRM sambut perubahan, manfaat teknologi demi tingkat kecekapan

Jauteh seru warga PDRM sambut perubahan, manfaat teknologi demi tingkat kecekapan