Pemuda UMNO Pahang desak reformasi institusi menyeluruh dilakukan KPM

KUANTAN – Peningkatan kes jenayah kekerasan membabitkan pelajar sekolah sejak akhir-akhir ini sangat membimbangkan dan perlu diberi perhatian semua pihak.

Justeru, Pemuda UMNO Pahang secara tegas mendesak agar satu tindakan merangkumi reformasi dalam institusi pendidikan dilakukan segera.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Mustaqim Zakaria berkata, insiden yang berlaku seharusnya menjadi satu ‘wake up call’ kepada semua pihak – terutamanya ibu bapa – untuk memantau anak-anak mereka.

“Pemuda UMNO Pahang sangat kesal, sedih dan kecewa dengan kejadian jenayah seperti buli, rogol dan paling digeruni, kes membabitkan kematian yang berlaku dalam kawasan sekolah.

“Semua ini memberi peringatan dan isyarat jelas serta tegas bahawa sistem pendidikan sedia ada perlu dinilai semula, ditambah baik dan diberi nafas baru,” tegasnya menerusi satu kenyataan.

Dia yang juga Ketua Pemuda UMNO Paya Besar memohon agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi perhatian khusus bagi memperkukuhkan semula keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan pemantapan nilai moral dalam kalangan pelajar.

“Aspek kesihatan mental pelajar juga perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah dengan bantuan ibu bapa,” tambahnya.

Mustaqim menjelaskan, institusi pendidikan sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk membentuk sahsiah dan jati diri pelajar.

“Kami mendesak KPM menilai semula dasar pendidikan sedia ada dan serta melaksanakan reformasi menyeluruh terhadap aspek nilai, moral dan rohani.

“Antara cadangan Pemuda UMNO Pahang adalah pihak KPM menambah masa pengajaran subjek agama dan moral dan memperkasa aktiviti luar bilik darjah.

“Seterusnya, sistem disiplin pelajar juga perlu diperketatkan dan akhir sekali, mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman rotan secara berhemah,” katanya.

Selain itu, kata Mustaqim, penubuhan pasukan petugas khas bagi tujuan pemulihan moral dan disiplin pelajar di peringkat nasional juga wajar dipertimbangkan oleh KPM.

“Pasukan khas ini perlu disertai pihak polis, badan bukan kerajaan, institusi agama dan juga pembabitan terus oleh persatuan ibu bapa.

“Pendidikan mesti kembali kepada asasnya — melahirkan insan berilmu, beriman dan berakhlak – dan KPM tidak lagi boleh menunggu sehingga tragedi seterusnya berlaku sebelum melakukan reformasi Institusi di bawah kendaliannya,” katanya.

Related Posts

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) menjalinkan kerjasama strategik bagi memperkukuh inisiatif serta program advokasi berkaitan Program Dasar Dadah Malaysia (DPPM). Langkah tersebut dizahirkan menerusi kunjungan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Veteran ATM disaran ceburi sektor pengangkutan selepas bersara

PUTRAJAYA – Bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disarankan terus menyumbang kepada ekonomi negara melalui peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan selepas tamat perkhidmatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai