England selamba belasah Latvia 5-0

ENGLAND menempah tiket ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan selepas kapten, Harry Kane meledak dua gol ketika membelasah Latvia 5-0 di tempat lawan, sekali gus mengesahkan status mereka sebagai juara Kumpulan K kelayakan.

Sepanjang kempen, tiada keraguan England akan mara ke kejohanan utama kesembilan berturut-turut dan kini mereka boleh mula membuat perancangan rasmi.

Gol pertama hadir pada minit ke-25 apabila Anthony Gordon memecah kebuntuan di Stadium Daugava selepas melakukan gerakan dari sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Latvia, Krisjanis Zviedris.

Tuan rumah yang menghuni tangga ke-137 dunia dihukum dua kali sebelum rehat – Kane menyempurnakan peluang selepas pertahanan Latvia tersilap langkah, kemudian menambah satu lagi menerusi sepakan penalti selepas ditarik di dalam kotak.

Djed Spence turut mencipta peluang apabila hantarannya tertampan oleh pemain lawan, Maksims Tonisevs untuk gol sendiri pada minit ke-57, sebelum pemain gantian, Eberechi Eze menutup malam gemilang England dengan jaringan kelima yang cantik di hujung permainan.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel kini mengumpul maksimum 18 mata daripada enam perlawanan dengan 18 gol dijaringkan tanpa bolos, menjadikan mereka pasukan Eropah pertama mengesahkan tempat ke Piala Dunia.

Related Posts

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

REKOD sempurna Arsenal dalam semua pertandingan musim ini akhirnya lebur apabila juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dibelasah Brighton & Hove Albion 0-3 di Amex, malam tadi. Skuad kendalian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

HARRY Kane meledak dua gol ketika Bayern Munich membelasah Union Berlin 7-0, awal pagi tadi, sekali gus menjadi pemain terpantas mencapai 100 gol dalam Bundesliga. Kane menjaringkan gol ke-100 dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik