Pempengaruh dari 10 negara teroka Sabah selama 3 hari

KOTA KINABALU – Pempengaruh media sosial dari 10 negara berada di Sabah bagi menerokai pengalaman budaya, alam semula jadi dan kulinari negeri ini melalui lawatan suai kenal selama tiga hari di bawah program All Star Influencers Award (ASIA) 2025.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai berkata, program di bawah ASIA 2025 itu menghimpunkan pengaruh media sosial dari negara  Jepun; Uzbekistan; Timur Tengah; Thailand; Indonesia; Filipina; Rusia; China; Vietnam dan Malaysia.

Jelas beliau, kolaborasi dengan pencerita digital (digital storytellers) menjadi sebahagian penting dalam strategi pemasaran baharu STB yang menggabungkan promosi tradisional dengan pengaruh dalam talian secara lebih moden dan strategik.

“Pencerita digital mampu memperluaskan capaian Sabah ke seluruh dunia dan kita harus terus bekerjasama rapat dengan para pencipta kandungan bagi membentuk cara dunia mengenali serta mengalami Sabah.

“Langkah itu penting kerana pengaruh media sosial kini memainkan peranan besar dalam menentukan pilihan destinasi pelancong, terutama dalam kalangan generasi muda yang mencari pengalaman autentik dan unik.

“Mereka kini berada di Sabah untuk meneroka keindahan alam semula jadi, budaya serta kulinari negeri ini sebagai sebahagian daripada lawatan suai kenal tiga hari,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Rabu.

Joniston berkata, penyertaan Sabah dalam inisiatif berkenaan memberi peluang kepada peserta untuk mengalami sendiri keunikan negeri ini, termasuk gaya hidup masyarakat tempatan, sebelum dikongsikan kepada jutaan pengikut mereka di seluruh dunia.

“Saya dimaklumkan jumlah keseluruhan pengikut para pengaruh ini melebihi 700 juta dan jika kita berjaya menarik walaupun satu peratus daripada capaian itu, ia sudah cukup bermakna buat Sabah,” tambahnya.

Sepanjang berada di sini, kumpulan pengaruh tersebut dijadual melawat Perkampungan Budaya Mari Mari untuk menyaksikan persembahan adat perkahwinan dan ritual tradisional Kadazan, sebelum menikmati keindahan tanah tinggi Kundasang serta mencuba beberapa lokasi dalam Jejak Makanan Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Food Trail) yang menampilkan 29 restoran terpilih sekitar bandar raya ini.

Turut hadir pada majlis makan malam yang berlangsung pada malam Selasa, ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Penganjur ASIA 2025, Datuk Abdul Rahman Soltan, Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Khairul Amir Anuar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kanan STB, Tay Shu Lan.

Related Posts

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

KUANTAN – Seramai 28 pelajar daripada Majlis Mahasiswa Anak-anak Pahang (MAMPAN) menyertai Misi Kasih Keluarga MAMPAN Bersama Komuniti di FELDA Lepar Hilir 3, semalam. Program itu membabitkan 14 keluarga angkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

ALOR SETAR – Cubaan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyeludup masuk dadah disyaki bunga ganja bernilai kira-kira RM1.17 juta dari negara jiran gagal. Suspek ditahan ketika dalam pemeriksaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Negara hancur dengan kebencian

Negara hancur dengan kebencian

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC – Jauteh

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC –  Jauteh