Maritim Malaysia tumpas cubaan seludup produk kesihatan, ubat terkawal di perairan Tawau

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki dipercayai menyeludup keluar sejumlah produk kesihatan dan perubatan terkawal tanpa dokumen sah di kedudukan 1.1 batu nautika utara Sungai Salipar, di sini, pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Ariffin Ghazali berkata, semasa kapal peronda KM KIDURONG menjalankan Op Sejahtera dan Op Tiris, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot kargo yang bergerak dalam keadaan mencurigakan dari perairan Tawau menuju ke perairan Wallace Bay pukul 2.10 petang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati juragan berumur 55 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran yang sah berkaitan muatan produk kesihatan dan ubat-ubatan terkawal yang dibawa serta tidak mempunyai daftar pengistiharan di dalam borang kastam.

“Kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM71 ribu,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Menurut Ariffin, juragan, bot serta muatan seterusnya dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Jualan Dadah 1952, Peraturan 7(1) serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Kita akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti pemilik barangan tersebut dan modus operandi yang dijalankan bagi mengaut keuntungan dalam perdagangan secara tidak sah.

“Penguatkuasaaan di kawasan Sabah Timur akan terus diperkasa secara optimum dengan rondaan dan pemantauan lebih kerap di kawasan titik panas bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang,” tegasnya.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan