Seorang cedera, sembilan pelajar cedera ringan dihempap runtuhan angkara ribut

RIBUT kencang melanda kawasan Sijangkang, Kuala Langat petang tadi telah menyebabkan seorang cedera manakala sembilan pelajar cedera ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 4.24 petang tadi. Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi lapor kejadian melibatkan runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang, terdapat seorang mangsa wanita berumur 51 tahun telah terperangkap di bawah runtuhan.

“Mangsa dalam keadaan sedar. Kerja-kerja menyelamatkan sedang dilakukan oleh anggota bomba bertugas. Pada jam 5.05 petang mangsa telah berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan paha,” katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Menururnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM untuk menerima rawatan.

Runtuhan juga melibatkan sebuah surau KAFA berhampiran dan terdapat anggaran tujuh hingga sembilan orang pelajar KAFA mengalami kecederaan ringan.

“Kesemua mangsa sedang dirawat oleh pihak KKM yang berada di lokasi,” katanya.

Terdahulu, beberapa klip video tular di media sosial menunjukkan ribut mengakibatkan bumbung sekolah dan rumah tercabut.

Kejadian itu berlaku kurang sehari selepas ribut di Meru, Klang semalam.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan