Isu tanah FELDA: Fakta diketepikan, sentimen politik dijulang

KETIKA portal rasmi Kerajaan Negeri Terengganu mendakwa kononnya hak rakyat negeri dinafi oleh Kerajaan Persekutuan dan FELDA, hakikat sebenar menunjukkan cerita itu lebih mirip kepada mainan politik menjelang pilihan raya, bukannya pertikaian hak milik tanah yang berpaksikan bukti.

Artikel bertajuk ’29 November Penentu Maruah, Hak Rakyat Terengganu Yang Dinafi’ yang disiarkan TRDI baru-baru ini bukan sekadar satu kenyataan, tetapi satu naratif politik yang cuba menanam sentimen kebencian terhadap Pusat tanpa mengemukakan satu pun dokumen sahih untuk menyokong dakwaan mereka.

Tanah FELDA: Wujud dalam pajakan sah, bukan rampasan

Rekod awam menunjukkan FELDA telah menguruskan tanah di seluruh negara termasuk di Terengganu melalui Perjanjian Pajakan Tanah (Land Lease Agreement) yang ditandatangani secara sah pada tahun 2011.

Perjanjian ini membolehkan FELDA, dan kemudian FGV, mengurus lebih 350,000 hektar tanah di bawah seliaan Kerajaan Persekutuan dan dilaporkan secara terbuka kepada Bursa Malaysia.

Namun dalam artikel TRDI, Kerajaan Negeri mendakwa 14,791 hektar tanah milik negeri telah diusahakan tanpa sebarang hasil diterima selama 40 tahun.

Malangnya, tiada bukti konkrit dikemukakan tiada nombor lot, tiada geran, tiada dokumen pajakan, tiada rekod premium tanah atau hasil cukai.

Jika benar Kerajaan Negeri mempunyai asas undang-undang, mengapa perlu menunggu sehingga kini untuk bertindak?

Mengapa hanya ketika suhu politik meningkat, isu ‘maruah rakyat’ tiba-tiba dijadikan senjata?

Mainan emosi untuk tutup kelemahan

Mengheret nama rakyat dan maruah negeri dalam pertikaian korporat bukan tindakan berani ia tindakan politik murahan.

Slogan ‘hak rakyat dinafi’ mungkin sedap di telinga penyokong, tetapi tanpa bukti sah, ia hanya membuktikan kelemahan tadbir urus Kerajaan Negeri sendiri.

Realitinya, FELDA bukan musuh rakyat. FELDA lah yang membuka peluang pekerjaan, memberi rumah kepada peneroka, membangunkan infrastruktur luar bandar, dan menjana hasil berbilion ringgit kepada negeri sejak 1980-an.

Tanpa FELDA, berapa ramai rakyat Terengganu akan terus hidup dalam kemiskinan tanah dan ketandusan peluang?

Ironinya, ketika FELDA terus menyalurkan bantuan, kerajaan negeri pula sibuk bermain persepsi, seolah-olah FELDA merompak tanah rakyat.

Inilah wajah sebenar politik yang menunggang emosi rakyat demi modal politik semata-mata.

Kerajaan MADANI kekal dengan fakta, bukan retorik

Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal berpegang kepada prinsip keadilan dan undang-undang.
Jika benar ada pertikaian hak milik, pintu rundingan dan semakan mahkamah terbuka luas.

Tetapi perdebatan mesti berdasarkan dokumen sahih, bukan naratif kononnya ‘maruah negeri diinjak’ untuk menutup kegagalan pentadbiran sendiri.

Kerajaan MADANI sudah berulang kali membuktikan bahawa rakyat Terengganu tidak pernah dipinggirkan daripada program SARA, BUDI95 hinggalah inisiatif Klinik MADANI semuanya sampai kepada rakyat tanpa mengira warna politik.

Maka, dakwaan bahawa ‘hak rakyat dinafi’ jelas tidak berasas dan bertentangan dengan realiti bantuan serta pelaburan yang sedang dinikmati rakyat negeri itu sendiri.

Rakyat perlu sedar siapa sebenarnya menafikan hak mereka

Rakyat Terengganu wajar bertanya satu soalan mudah:
Jika tanah itu benar milik negeri, di mana dokumennya?
Dan jika Kerajaan Negeri benar memperjuangkan rakyat, mengapa hanya bertindak bila politik menjadi panas?

Kebenaran tidak perlu menunggu 29 November.
Kebenaran sudah jelas hari ini maruah rakyat tidak diukur pada slogan, tetapi pada kejujuran dan ketelusan dalam mengurus hak mereka.

Kerajaan MADANI berdiri atas prinsip fakta dan tanggungjawab.
Yang menjerit tentang maruah, selalunya ialah mereka yang kehilangan kredibiliti bukan mereka yang memperjuangkan kebenaran.

Related Posts

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Oleh: Aman Muhammad ULASAN | Parti MCA mahu Menteri Besar Kedah keluarkan lessen judi semula. Disiarkan di laman rasmi MCA, kenyataan rasmi yang mendesak Menteri Besar Kedah kembalikan semula lesen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Oleh: Fathi Aris Omar SEJAK berterbangan tohmahan Pas terima RM90 juta, sejak itulah saya ragui Pas boleh benar-benar serius mahu melawan skandal UMNO. Kemudian muncul berita Pas tidak teruskan saman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak