AMK P.Pinang desak Wan Saiful berundur, serah semula mandat kepada rakyat

GEORGE TOWN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menggesa Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berundur secara terhormat dan menyerahkan semula mandat kepada rakyat selepas dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) oleh Lembaga Disiplin parti itu hari ini.

Ketua AMK Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, pemecatan itu menjadi isyarat jelas bahawa kepimpinan tertinggi Bersatu sendiri sudah hilang keyakinan terhadap integriti dan kelayakan Wan Saiful untuk terus memegang jawatan sebagai wakil rakyat.

Menurutnya, seseorang yang dipecat atas isu disiplin dan kredibiliti tidak wajar terus bercakap atas nama rakyat, apatah lagi masih berdepan kes rasuah Jana Wibawa yang sedang dibicarakan di mahkamah.

“Kes tersebut bukan sahaja mencalarkan maruah institusi Parlimen malah menjejaskan imej kawasan Tasek Gelugor di mata rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Zakwan menambah, rakyat Tasek Gelugor berhak diwakili oleh pemimpin yang bersih, berintegriti dan benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat, bukannya individu yang dibayangi skandal serta kepentingan peribadi.

“Tindakan paling bermaruah yang boleh dilakukan Wan Saiful ialah mengosongkan kerusi Parlimen Tasek Gelugor bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil untuk membolehkan rakyat memperbaharui mandat mereka melalui proses demokrasi yang adil.

“Jika beliau benar-benar menghormati prinsip perjuangan dan nilai integriti yang sering dilaungkannya, maka inilah masa untuk membuktikannya,” ujarnya.

Dalam masa sama, AMK Pulau Pinang turut menyeru rakyat khususnya anak muda di Tasek Gelugor agar menolak politik korup, elitis dan munafik selain bangkit menuntut kepimpinan baharu yang berjiwa rakyat serta bebas daripada skandal.

“AMK Pulau Pinang kekal komited memperjuangkan politik yang bersih, progresif dan berprinsip demi masa depan rakyat serta negara,” ujarnya lagi.

Terdahulu Bersatu telah memecat keahlian Wan Saiful sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi susulan pelanggaran perlembagaan dan kod etika parti.

Dalam tindakan berasingan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung hak keahlian bagi tempoh satu penggal di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.

Menurut kenyataan rasmi Lembaga Disiplin Bersatu pada Selasa, keputusan itu dibuat selepas menerima aduan bertulis daripada ahli parti terhadap beberapa individu yang didakwa melanggar peruntukan perlembagaan dan tatakelakuan ahli.

Sesi pendengaran telah diadakan pada 8 Oktober 2025, dan tindakan disiplin diambil berdasarkan siasatan menyeluruh serta selaras dengan Fasal 9.1.4 dan Kod Etika & Tatakelakuan Ahli.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah