Kerajaan Sabah sumbang RM260,000 kepada SAN Pekan Tambunan

TAMBUNAN – Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tambunan yang musnah akibat kebakaran menerima sumbangan berjumlah RM260,000 daripada Kerajaan Negeri, Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Sumbangan RM200,000 daripada Kerajaan Negeri adalah untuk pembelian kerusi, meja dan kelengkapan sekolah, RM50,000 daripada YKS serta RM10,000 daripada MUIS.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor semasa lawatan beliau ke sekolah berkenaan pada Selasa kepada guru besar sekolah tersebut, Ahmad Subri Janing yang mewakili pihak sekolah.

Hajiji semasa lawatan berkata, sudah tiba masanya SAN Pekan Tambunan yang ditubuhkan pada tahun 1970-an mempunyai bangunan tetap sendiri dan atas permintaan SAN.

Hajiji turut mencadangan supaya sekolah dibina semula.

“Kerajaan Negeri sekarang akan meluluskan keperluan pembiayaan membina sekolah baharu dan saya datang sendiri hari ini untuk melihat bagaimana kami boleh membantu,” katanya.

YKS turut menyerahkan bantuan dan sumbangan kepada 20 pelajar asrama dan 100 murid yang terjejas akibat kebakaran.

Sebagai rekod, akibat kebakaran dua bangunan termasuk bilik darjah dan asrama musnah sepenuhnya manakala kuarters guru sekolah turut musnah dalam kebakaran yang berlaku pada petang 12 Oktober itu.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arifin Arif; Pegawai Daerah, Sobitun Makajil; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Jumain Abdul Ghani dan Pengarah YKS Datuk Diyanah Abdullah.

Related Posts

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya