GRS perkukuh reformasi undang-undang, institusi Sabah teras manifesto PRN17

KOTA KINABALU – Reformasi undang-undang dan institusi akan menjadi antara teras utama tawaran manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah 2025, selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri memperkukuh tadbir urus serta autonomi negeri secara berperingkat.

Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, agenda reformasi itu bukannya baharu, namun sebaliknya telah dirintis sejak GRS menjadi Kerajaan Negeri bermula November 2020 hingga kini.

“Sejak agenda ini telah dirintis sejak tahun 2021 hingga 2025 sebanyak 51 enakmen negeri telah digubal atau dipinda telah dilaksanakan antaranya ialah Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2022, Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023, Enakmen Bekalan Gas 2023.

“Penggubalan Enakmen Bekalan Elektrik 2024, Enakmen Tenaga Boleh Baharu Sabah 2024 serta Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon Sabah 2025 mencerminkan kesungguhan GRS memodenkan rangka undang-undang negeri agar terus relevan dengan keperluan semasa,” katanya menerusi kenyataan media di sini, pada Isnin.

Jelasnya, dalam konteks reformasi institusi antara keberhasilan yang dicapai ialah pemerkasaan peranan Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah untuk mengendalikan semua kes jenayah di bawah undang-undang Negeri Sabah.

“Peguam Negara selaku Pendakwa Raya di bawah Kanun Tatacara Jenayah telah melantik Peguam Besar Negeri Sabah dan pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah sebagai Timbalan Pendakwa Raya ‘Deputy Public Prosecutor’.

“Pemerkasaan ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan aspek penguatkuasaan dan tindakan pendakwaan,” katanya.

Katanya lagi, langkah itu diperkuatkan selepas kelulusan rasmi melalui Warta Kerajaan Persekutuan pada 6 April 2023, sekali gus mewujudkan Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan di bawah jabatan berkenaan.

“Ini membolehkan semua agensi kerajaan negeri mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Peguam Besar Negeri sebelum memulakan tindakan pendakwaan terhadap kesalahan di bawah undang-undang negeri seperti Ordinan Tanah, Enakmen Perhutanan dan Enakmen Perlindungan Alam,” jelasnya.

Dalam pada itu, bagi memperkukuh agenda reformasi pada fasa seterusnya, GRS turut menubuhkan Majlis Penasihat Pembaharuan Undang-Undang Sabah (SLRAC) pada 31 Julai 2025 yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri David Wong Dak Wah sebagai badan bebas untuk menilai dan menambah baik undang-undang negeri.

“Reformasi undang-undang dan institusi ini membuktikan bahawa GRS bukan sekadar menjanjikan perubahan tetapi melaksanakannya dengan strategik yang berani,” ujarnya.

Related Posts

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP

KUALA LUMPUR – Keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim bersara daripada politik tidak menjejaskan sokongan pengundi Melayu terhadap DAP menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Setiausaha Agung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM

SUNGAI PETANI – Perdebatan politik di Johor dan Negeri Sembilan seharusnya tertumpu kepada keadilan dan peluang sama rata, bukan retorik perkauman atau politik perpecahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP

Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM

Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM

PRN Johor penentu hala tuju negeri,  kesejahteraan rakyat

PRN Johor penentu hala tuju negeri,  kesejahteraan rakyat

Bekas Timbalan Speaker ditemukan lemas dalam sungai

Bekas Timbalan Speaker ditemukan lemas dalam sungai

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st