Lori rempuh plaza tol: KDEB Waste Management ambil tanggungjawab penuh

PUTRAJAYA – Empat langkah segera dan proaktif diambil KDEB Waste Management (KDEBWM) selepas insiden lori sampah milik syarikat itu yang merempuh Plaza Tol Puchong Selatan di KM30.3 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jumaat lalu.

Pengarah Urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, antara tindakan yang akan dijalankan termasuklah meneliti semula semua prosedur dalaman bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Katanya, tindakan itu demi mempercepatkan proses pertukaran hak milik di samping mengarahkan semua kontraktor yang telah tamat pembayaran sewaan kenderaan kepada KDEBWM diwajibkan membuat pindahan hak milik dengan segera selaras dengan terma dan syarat perjanjian.

“KDEBWM turut memastikan semua kontraktor lantikan mematuhi syarat ditetapkan JPJ dan APAD terutama memastikan pemandu memiliki Lesen GDL Lesen Kenderaan Barangan (GDL) untuk memandu lori kompaktor dan armroll/RORO.

“Syarikat turut menekankan semua kontraktor latihan mematuhi peraturan jalan raya termasuk menyelesaikan saman yang dikenakan dengan segera bagi mengelakkan gangguan kepada kelancaran operasi.

“KDEBWM akan terus memberikan latihan dan bimbingan bersepadu kepada para pemandu dengan kerjasama pihak berkuasa bagi membangunkan pemandu yang kompeten mengendalikan lori sampah dalam operasi harian,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Dalam pada itu, Ramli berkata, KDEBWM mengambil tanggungjawab penuh berhubung insiden kemalangan itu dan sedang membuat tindakan yang sewajarnya serta siasatan menyeluruh ke atas kejadian berkenaan.

Beliau turut menjelaskan, lori sampah itu dikendalikan sebuah syarikat dilantik KDEBWM untuk melaksanakan kerja kutipan sisa pepejal di Kajang, namun perkhidmatan syarikat terbabit telah ditamatkan pada 18 Jun lepas.

“Bagaimanapun, syarikat tersebut belum selesai dalam urusan pindah milik dan permit kenderaan dan sedang dalam proses menyiapkan urusan pindah milik kenderaan.

“Sehubungan itu, rekod pemilikan lori sampah tersebut masih berdaftar atas nama KDEBWM,” menurutnya

Tambah Ramli, sepanjang tempoh perkhidmatan, pihak KDEBWM telah sehabis baik melaksanakan pemantauan sepenuhnya dan tindakan tegas terhadap semua syarikat kontraktor lantikan dan lori-lori kompaktor yang melanggar terma dan syarat perjanjian.

“KDEBWM memandang serius kejadian yang melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan menzahirkan rasa kesal serta sedih terhadap insiden berkenaan.

“Justeru, syarikat terbabit juga akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan,” katanya.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP