Warga maya puas hati, Belanjawan 2026 memang ‘savage’!

BELANJAWAN 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Jumaat mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) di platform Threads mendapati, rata-rata warga maya menyambut baik pendekatan kerajaan dalam memastikan keseimbangan antara kebajikan rakyat dan kestabilan ekonomi negara.

Bagi @ynasakinah, dia percaya Perdana Menteri sedang berusaha menunaikan janji-janji yang dibuat sebelum pilihan raya meskipun berdepan cabaran besar dalam memulihkan ekonomi.

“Saya rasa PMX cuba tunaikan janji-janji sebelum pilihan raya, tapi selepas jadi Perdana Menteri, mungkin dia sedar bukan mudah. Banyak perlu diperbetulkan dan ekonomi mesti distabilkan dulu. Kalau diberi masa, saya percaya dia akan terus buat yang terbaik untuk Malaysia,” katanya di Threads.

Dia menyifatkan bahawa tindakan Anwar tidak mengambil gaji menunjukkan keikhlasan serta kecintaan terhadap negara.

“Kalau betul dia tak ambil gaji, itu tanda keikhlasan. Dia tahu semua dah disediakan rumah, kereta, makan, keselamatan. Fokus dia hanya untuk Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, @brokenboulevard_ pula menyifatkan Belanjawan 2026 sebagai yang paling adil setakat ini, khususnya kepada golongan pekerja swasta yang sering berdepan beban cukai tinggi.

“Pertama kali selama kerja bertahun-tahun, saya tak sakit hati tengok potongan cukai. Selama ni bila dengar belanjawan, mesti rasa tak puas hati. Tapi Belanjawan 2026 memang ‘savage! Hail to’ PMX,” tulisnya.

Dalam pada itu, @maryditzy menzahirkan rasa bangga terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang dianggap sebagai Bapa Kebajikan Negara.

“Daripada pembentangan Belanjawan 2026, kita boleh rumuskan PMX sebagai Bapa Kebajikan Negara. Alhamdulillah, saya bangga jadi rakyat Malaysia,” katanya.

Manakala, @norraienordin pula menyatakan keyakinan untuk terus menyokong kepimpinan sedia ada pada pilihan raya akan datang.

“Lepas dengar Belanjawan 2026, saya tetap kekal mengundi PH. Tak pernah menyesal, malah berbangga di bawah kepimpinan PMX. Semoga PMX sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki,” tulisnya.

Belanjawan kali ini turut dilihat sebagai cerminan keikhlasan kepimpinan kerajaan MADANI dalam memperkukuh Malaysia sebagai negara berdaya saing dan sejahtera menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan