RUU Pekerja Gig fleksibel, tak perlu ke Parlimen untuk tambah sektor

KANGAR – Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 digubal dengan pendekatan fleksibel bagi membolehkan kerajaan menambah atau mengubah senarai sektor pekerjaan gig tanpa perlu melalui proses pembentangan di Parlimen.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, langkah itu memberi kelebihan kepada kerajaan untuk menyesuaikan dasar buruh mengikut perubahan pasaran kerja serta perkembangan ekonomi digital semasa.

Katanya, peruntukan tersebut membolehkan kementerian membuat semakan berkala terhadap jadual sektor gig dengan nasihat pakar buruh dan jawatankuasa dasar di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

“RUU ini bersifat hidup dan boleh dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut keperluan pasaran kerja.

“Proses tambah atau ubah sektor tidak perlu melalui Parlimen kerana ia di bawah kuasa pentadbiran menteri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Negeri Perlis di sini hari ini.

Menurutnya, pendekatan fleksibel itu membolehkan lebih banyak sektor pekerjaan gig menikmati perlindungan sewajarnya tanpa menunggu pindaan undang-undang baharu.

“Ketika ini, fasa pertama pelaksanaan RUU meliputi sektor asas seperti e-hailing dan p-hailing.

“Namun kita juga sedang meneliti potensi sektor lain seperti pencipta kandungan digital, media bebas, industri muzik dan filem untuk dimasukkan pada masa hadapan,” ujarnya.

Tambah beliau, RUU tersebut merupakan satu undang-undang bersejarah kerana buat kali pertama Malaysia memperkenalkan perlindungan undang-undang terhadap sektor gig.

Sebelum ini, pekerja gig tidak mempunyai akses kepada mahkamah buruh, perundingan gaji minimum dan perlindungan keselamatan pekerjaan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Dengan adanya undang-undang ini, pekerja gig kini mempunyai hak bersatu, berunding serta mendapatkan perlindungan sosial yang sewajarnya,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa KESUMA kini giat menjalankan sesi libat urus dan jelajah nasional bagi memberi pencerahan kepada penggiat sektor gig mengenai hak mereka di bawah RUU baharu itu.

Related Posts

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

ALOR GAJAH – Kerajaan MADANI akan terus memastikan keperluan semua kaum serta aliran pendidikan di negara ini diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor