PRN17 Sabah: Hargai pendirian Andi sebagai keputusan politik matang – Samasuddin

TAWAU – Keputusan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy yang menyerahkan kepada kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menentukan calon pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah wajar dihormati sebagai keputusan politik yang matang.

Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop berkata, perjuangan politik ketika ini bukan soal siapa calon, sebaliknya usaha memastikan pembangunan kawasan Tanjung Batu dan kesejahteraan rakyat terus terjamin. 

“Saya menghormati keputusan Datuk Andi. Beliau lahir daripada perjuangan Barisan Nasional (BN) dan pernah membawa panji UMNO di Tanjung Batu. 

“Beliau juga telah berkhidmat dan menyumbang jasa kepada rakyat terutamanya di Parlimen Kalabakan,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu. 

Menurut Samasuddin, BN mengutamakan kepentingan rakyat serta kesinambungan pembangunan yang dibina selama ini dan bukannya perebutan kuasa. 

“BN sudah membuktikan bahawa era paling stabil dan makmur di Sabah adalah ketika pentadbiran di bawah BN dengan berjaya membangunkan sekolah, universiti, jalan raya dan membuka peluang pendidikan kepada rakyat luar bandar.

“Saya sendiri anak kampung yang berjaya hasil dasar BN yang memberi ruang kepada rakyat kecil untuk membina masa depan. 

“Maka perjuangan saya hari ini adalah kesinambungan kepada dasar itu dan memastikan rakyat Tanjung Batu terus mendapat pembelaan,” katanya. 

Beliau turut mengingatkan rakyat agar kembali kepada politik rasional dan menolak percubaan politik baharu yang menurutnya sering menimbulkan ketidaktentuan dan perpecahan.

“Rakyat tidak perlukan percubaan baharu kerana rakyat perlukan kestabilan dan keikhlasan. Kestabilan itu hanya datang daripada parti yang sudah teruji seperti BN.

“Rakyat Tanjung Batu perlu berpegang di bawah prinsip ‘SATU Tanjung Batu Demi Kemakmuran Bersama’ sebagai simbol kebangkitan rakyat yang mahukan masa depan lebih sejahtera dan stabil,” jelasnya.

Pada Sabtu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan Andi dan Datuk Ir Shahelmey Yahya menyatakan hasrat bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN akan datang. 

Hajiji bagaimanapun tidak mempunyai halangan berkenaan hasrat itu berikutan kedua-duanya masing-masing Menteri dan Pembantu Menteri dalam kerajaan Sabah selain akan menentukan calon sebaik tiba masanya.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

KUCHING – Pemimpin politik di Semenanjung disaran untuk mencontohi sikap serta semangat kepimpinan yang ditunjukkan oleh barisan pemimpin daripada kerajaan Sabah dan Sarawak demi mengekalkan keharmonian negara.   Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz