Hajiji seru pengundi muda buat pilihan bijak pada PRN17 Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meletakkan harapan kepada anak muda yang menjadi separuh daripada 1.72 juta pengundi di Sabah untuk membuat pilihan yang bijak pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang ini.

Katanya, anak muda wajar memberi peluang kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar mendapat mandat untuk meneruskan hala tuju pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri menerusi Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Daripada 1.72 juta pengundi di Sabah, orang muda merangkumi separuh daripada itu, jadi saya harap mereka akan beri peluang kepada kerajaan kerana kita mempunyai hala tuju untuk membangunkan Sabah dan memajukan ekonomi.

“Kita juga mahu wujudkan kestabilan politik di Sabah dan kerana itulah saya katakan kita perlu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan meneruskan kerjasama GRS-Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Tamu Suara 360: Aspirasi Anak Muda Sabah 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Sabtu.

Hajiji menyeru golongan muda agar membuat pilihan terbaik dalam PRN17 bagi menjamin kesinambungan pembangunan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

“PRN kali ini adalah peluang keemasan kita untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat dan yang paling penting kerajaan yang didominasi oleh parti lokal,” katanya.

Hajiji juga menjelaskan mengenai kepentingan kerjasama GRS-PH dalam mewujudkan kestabilan politik di Sabah dan hubungan yang erat dengan Kerajaan Persekutuan.

“Apa yang kita mahu ialah kita mahu maju dan kalau mahu maju, kita perlukan bantuan Kerajaan Persekutuan, tapi ada pemimpin di Sabah, macam-macam fikiran mereka yang saya rasa merugikan Sabah pada masa depan.

“Kerana itu kita putuskan GRS-PH teruskan kerjasama, insya-Allah kita akan capai kejayaan dan saya harap anak muda gunakan kesempatan ini pilihlah kerajaan yang boleh dan mempunyai dasar jelas untuk membangun ekonomi dan majukan Sabah.

“Kita tidak boleh maju dari emosi semata-mata, cukuplah apa berlaku pada masa lalu. Selalu kita bandingkan kenapa kita ketinggalan dalam pelbagai bidang, sebab kita selalu gaduh tukar kerajaan.

“Tengoklah pembinaan Pan Borneo apabila kerajaan baharu ambil alih batalkan PDP hingga kita tertinggal empat tahun,” ujarnya.

Related Posts

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kemelut berkaitan adat dan perlembagaan yang berlaku di Negeri Sembilan, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia disifatkan signifikan kepada Sabah dan Sarawak kerana mengambil kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia