Kehadiran kapal TLDM cetus inspirasi anak muda Sarawak cintakan negara

KUCHING – Warga Sarawak nyata teruja apabila berpeluang melawat dan mengenali lebih dekat aset kebanggaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini berlabuh di Pelabuhan Pending, di sini.

Lawatan Kapal TLDM kali ini diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Lahir ke-79 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, sebagai simbol penghargaan TLDM terhadap kepimpinan dan jasa besar TYT dalam memayungi perpaduan serta kesejahteraan rakyat negeri ini.

Program berkenaan turut menjadi platform mendekatkan warga Sarawak dengan institusi pertahanan laut negara, di samping menyampaikan mesej bahawa kehadiran aset TLDM di perairan negeri ini adalah bagi menjamin kedaulatan dan keselamatan maritim negara.

Empat buah kapal TLDM dibuka untuk lawatan awam, melibatkan KD Kelantan, KD Badik, KD Rencong dan KD Paus.

Pengunjung berpeluang menyaksikan upacara istiadat Sunset Ceremony, meninjau pameran kerjaya TLDM, serta menikmati hidangan istimewa air tangan Chef TLDM di Restoran Terapung.

Bagi pelawat muda, pengalaman itu memberi inspirasi mendalam.

Seorang mahasiswa, Khodijah Jamilah, 21, berkata, peluang melawat kapal TLDM merupakan pengalaman berharga yang jarang diperoleh orang awam.

“Ini satu peluang besar untuk saya dan rakan-rakan kerana bukan semua orang dapat menaiki kapal TLDM.

“Saya harap generasi muda dapat menggunakan peluang seperti ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan TLDM serta membuka minat terhadap kerjaya dalam badan beruniform,” katanya .

Lawatan itu turut membawa mesej awal mengenai penubuhan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) yang bakal dibina di Muara Tebas dalam masa terdekat — satu lagi langkah strategik memperkukuh pertahanan maritim di Zon Timur Malaysia.

Secara keseluruhannya, inisiatif ini bukan sahaja memperlihatkan keupayaan dan kesiapsiagaan TLDM, tetapi juga mempererat hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan rakyat Sarawak dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan negara terus terpelihara.

Related Posts

Premier Sarawak rakam penghargaan kerajaan MADANI setuju kongsi kuasa bidang pelancongan

KUCHING – Kerajaan MADANI terus mempamerkan komitmen kukuh dalam menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) apabila bersetuju untuk menentukan satu formula khusus bagi perkongsian hasil antara kerajaan Persekutuan dengan Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seni instalasi jadi medium perkasa mesej kelestarian alam sekitar

KOTA KINABALU – Seni instalasi dilihat mampu memainkan peranan penting dalam membentuk identiti sesebuah bandar, selain menjadi medium berkesan untuk mendekatkan masyarakat dengan mesej berkaitan kelestarian alam sekitar. Pengerus Installation…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX