Belanjawan 2026 perkasakan TVET, lonjak tenaga kerja berkemahiran tinggi

KUCHING – Belanjawan 2026 disifatkan sebagai bukti jelas komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemangkin utama kepada pembangunan ekonomi berteknologi tinggi negara.

Sementara itu, wartawan The Malaysia Press (TMP) mendapatkan pandangan Pengurus GiatMARA Saratok, Abadi Hussien berkata, fokus kerajaan terhadap bidang TVET, khususnya dalam sektor berasaskan kecerdasan buatan (AI), kenderaan elektrik (EV) dan semikonduktor amat tepat pada masanya bagi memenuhi permintaan industri masa depan.

“Langkah ini menunjukkan kesungguhan kerajaan melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu memenuhi keperluan industri berasaskan teknologi baharu,” katanya.

Menurutnya, peruntukan tersebut memberi peluang untuk memperkukuh kemudahan latihan, meningkatkan kompetensi tenaga pengajar dan menyemak semula kurikulum agar sejajar dengan teknologi semasa.

“Tumpuan juga perlu diberikan kepada kerjasama erat dengan industri supaya latihan yang dijalankan benar-benar relevan dan meningkatkan kebolehpasaran pelatih,” ujarnya.

Sementara itu, Alisca Sangau, 30, pengajar TVET berkata, Belanjawan 2026 membuktikan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai platform strategik dalam melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi dan relevan dengan kehendak industri moden.

Menurutnya, peruntukan yang diumumkan membolehkan institusi TVET beralih daripada pendekatan tradisional kepada latihan berasaskan industri masa depan seperti kecerdasan buatan (AI), kenderaan elektrik (EV) dan semikonduktor.

“Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing, malah menyokong pertumbuhan pelaburan dalam sektor teknologi,” katanya.

Beliau menegaskan, kejayaan pelaksanaan inisiatif itu bergantung kepada sejauh mana TVET diberi akses kepada fasiliti moden, penglibatan tenaga pengajar pakar serta pelaksanaan latihan praktikal yang berasaskan kerjasama industri.

“Dengan pendekatan menyeluruh ini, TVET mampu menjadi hab latihan utama bagi tenaga kerja tempatan sekali gus meletakkan Malaysia sebagai peneraju teknologi serantau,” ujarnya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills