Belanjawan 2026 bukti Kerajaan MADANI cakna keperluan rakyat

KUANTAN – Kerajaan Pahang merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perhatian dan keprihatinan untuk negeri ini dalam Belanjawan 2026.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan disalurkan kepada Pahang melalui pelbagai kementerian dan agensi Persekutuan itu membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan pembangunan inklusif dan seimbang di seluruh negara.

Menurutnya, sebanyak 15 projek dan inisiatif penting diumumkan secara khusus untuk Pahang.

“Antara diumumkan projek naik taraf Lebuh Raya Kuantan–Segamat, Rompin; pembinaan jambatan konkrit di Jalan Serengkam ke Jalan Kuala Wau, Maran; Pemajuan kawasan Kampung Bongsu, Temerloh dan naik taraf Jalan Sungai Lembing dari Kampung Padang ke persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Pantai Timur 1, Kuantan.

“Turut diumumkan pembinaan klinik kesihatan lengkap dengan kuarters di Pos Lenjang, Lipis; membina dan membaiki jalan kampung laluan Pos Lenjang ke Kampung Orang Asli Jernang Pos Titom, Lipis; membina jalan baharu di Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut dan penggantian paip usang menerusi Program Air Tidak Berhasil Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Wan Rosdy berkata, projek naik taraf premis Taman Bimbingan Kanak-kanak di Kampung Kuala Terbol, Temerloh; kemudahan khemah penjaja, peranti sound box dan sistem QR kepada peniaga pasar malam Kuala Tahan, Jerantut dan program bimbingan keusahawanan kepada banduan di Penjara Penor, Kuantan juga akan dilaksanakan menerusi Belanjawan 2026.

Selain itu, beliau berkata, projek dan inisiatif lain diumumkan ialah pembinaan sekolah baharu Sekolah Kebangsaan Desa Damai, Bentong; pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jeram, Kuantan; membina rumah keluarga angkatan tentera di Pangkalan Udara Kuantan; dan memperoleh rumah untuk dijadikan kuarters kepada anggota Imigresen di Lipis.

“Projek ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap keperluan rakyat Pahang daripada pembangunan infrastruktur asas dan pendidikan hinggalah kepada keusahawanan, kemudahan sosial serta kebajikan masyarakat luar bandar termasuk komuniti Orang Asli,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan memastikan semua peruntukan itu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, telus dan berkesan supaya manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri