Tauke kedai makan maut, pacuan empat roda terbabas

MARAN – Pasangan suami isteri yang juga pengusaha kedai makan di Kemaman, Terengganu, maut, manakala empat lagi cedera selepas pacuan empat roda dinaiki mereka dipercayai terbabas di Kilometer (KM) 162.9 Lebuhraya Pantai Timur (arah timur), malam tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, Aziz Awang, 68, yang memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, dan Hasnah Mat Nong, 64, beralamat di Kampung Geliga, Kemaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 7.30 malam..

“Kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Cameron Highlands, Pahang menuju ke Kemaman, Terengganu,” katanya dalam kenyataan.

“Empat penumpang terdiri daripada tiga pekerja wanita berusia 27, 45 dan 65 tahun serta seorang anak kepada salah seorang pekerja, iaitu kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang mengalami kecederaan, dihantar ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut,” tambahnya.

Kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

TEMERLOH – Seni persilatan bukan sekadar warisan bangsa yang perlu dipelihara malah berpotensi menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan serta pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang menerusi penganjuran pelbagai program berteraskan budaya dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Datuk Ismail Lasim mengumumkan cuti peristiwa esok, 3 Ogos (Isnin), sebagai penghargaan kepada rakyat negeri yang menjayakan proses demokrasi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

  • By Aden
  • August 2, 2026
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai