Sebelas pekerja sesak nafas, tumpahan bahan kimia di Proton City

TANJUNG MALIM – Sebelas pekerja sebuah kilang di Bandar Proton (Proton City), di sini mengalami sesak nafas dan pedih mata selepas berlaku tumpahan bahan kimia jenis isocyanates di premis berkenaan, pada Khamis.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran pada sistem paip di premis berkenaan.

Ujarnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.42 tengah hari.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim segera dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi kawalan serta keselamatan.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati kejadian berpunca daripada kebocoran sistem paip yang menyebabkan tumpahan bahan kimia isocyanates dianggarkan sebanyak 15 liter,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jelas Shazlean, semua 11 mangsa dilaporkan mengalami simptom sesak nafas dan pedih mata sebelum dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut.

Susulan itu, katanya, pihak bomba turut mendapatkan khidmat Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) bagi panduan dan prosedur kerja pembersihan bahan kimia berkenaan.

“Kebocoran pada sistem paip berjaya ditutup, dan kerja-kerja pembersihan dijalankan menggunakan pasir mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan,” ujarnya.

Operasi pembersihan serta pemantauan di lokasi masih diteruskan sehingga kawasan tersebut disahkan selamat sepenuhnya.

Related Posts

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

TAWAU – Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK) membawakan Festival Komuniti Havoc di Tawau dan Kota Kinabalu menerusi tayangan skrin besar sempena Piala Dunia FIFA 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak  – Abdul Karim

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Guna pangkalan haram selepas cop pasport, lelaki Thailand ditahan

Guna pangkalan haram selepas cop pasport, lelaki Thailand ditahan

Pembedahan pisahkan kembar siam Pygopagus berjaya, bayi kini stabil

Pembedahan pisahkan kembar siam Pygopagus berjaya, bayi kini stabil

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu