Jemput Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN bukan tanda menyerah, tetapi ruang rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 hingga 28 Oktober depan bukanlah tanda Malaysia atau ASEAN menyerah kepada kuasa besar itu.

Sebaliknya, beliau berkata, jemputan berkenaan merupakan langkah strategik bagi membuka ruang rundingan terhadap isu-isu mendesak antarabangsa, khususnya penderitaan rakyat Palestin di Gaza akibat kekejaman rejim Zionis Israel.

Anwar berkata, pendekatan diplomasi perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan tanpa menggadaikan prinsip kemanusiaan dan keadilan sejagat.

“Harus ada kebijaksanaan. Saya dan rakan-rakan mahukan damai, jangan dibunuh lagi anak-anak kita, jangan diapa-apakan lagi wanita di Gaza.

“Atas nama ASEAN mengundang Trump, apa salahnya runding? Saya bukan menyerah, saya nak runding,” katanya semasa berucap pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Rabu.

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa kehadiran Trump ke Kuala Lumpur kelak akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan pendirian tegas Malaysia dan rantau ini terhadap kezaliman Israel serta keperluan segera gencatan senjata di Gaza.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kejayaan membawa pulang 23 aktivis dan sukarelawan Malaysia yang ditahan rejim Zionis ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini bukanlah hasil usaha Malaysia semata-mata.

“Ini bukan kerja saya seorang, betul! Emir Qatar, Perdana Menteri Qatar, kemudian Presiden Turkiye, dan penasihat keselamatan kita turut berbincang. Ramai pihak yang membantu,” katanya.

Beliau berkata, usaha membebaskan kesemua aktivis tersebut turut melibatkan koordinasi diplomasi dengan beberapa negara sahabat, selain komunikasi berhemah dengan pihak-pihak yang berpengaruh di peringkat antarabangsa.

“Orang tanya, oh berguna ke Amerika itu sedangkan mereka sokong Israel? Tapi kita nak cari penyelesaian. Penyelesaian itu memerlukan kebijaksanaan, bukan kita menyerah.

“Kita mencari helah kebijaksanaan itulah yang disebut diplomasi,” ujar beliau.

Katanya, pengalaman rundingan pembebasan aktivis itu membuktikan bahawa kekuatan sebenar sesebuah negara bukan hanya pada suara lantang, tetapi pada kebijaksanaan mengurus diplomasi dengan prinsip dan maruah.

Related Posts

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’