Ram terima ugutan hampir sebulan, jurutera 27 tahun direman

KOTA KINABALU – Seorang jurutera berusia 27 tahun yang berasal dari Ipoh, Perak ditahan reman selepas disyaki mengugut peguam, Datuk Ram Singh selama hampir sebulan melalui mesej WhatsApp yang berunsur kasar dan berbentuk ugutan.

Beliau yang mewakili salah seorang tertuduh kes buli dalam kes kematian Zara Qairina berkata, lelaki berkenaan hanya berjaya dikesan selepas menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

“Hampir sebulan. Dia hantar mesej sehari, kemudian sambung sehari keesokan harinya.

“Jadi dia teruskan lagi. Dia minta saya menjawab tetapi saya tidak menjawab, kata-katanya sangat kesat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas prosiding inkues kematian Zara Qairina hari ke-19 di hadapan Mahkamah Koroner, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu bahawa mesej ugutan itu dihantar melalui aplikasi WhatsApp dan mengandung bahasa yang tidak sopan.

“Jika kamu baca mesejnya, mesej yang dihantar melalui WhatsApp, ia memang sangat teruk.

“Kalau perkara seperti itu berlaku kepada anda sendiri, ia memang dianggap satu ugutan.

“Kata-katanya sendiri sudah menunjukkan unsur ugutan seperti ‘cari kau, kasi mati kau, mati katak’,” katanya.

Dalam pada itu, Ram menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu terlibat.

“Saya percaya dia akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 507(c)(1).

“Saya percaya pegawai penyiasat telah melengkapkan siasatan dan mungkin telah merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

“Kita lihat apa tindakan DPP terhadap kes ini.

“Biar undang-undang mengambil tindakan sewajarnya terhadapnya,” katanya.

Related Posts

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

KLANG – Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkaitan negara pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos, serta sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Bagaimanapun,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini