Turkiye beri jaminan bantu sembilan sukarelawan Malaysia ditahan Israel – PMX

TURKIYE memberi jaminan kepada Malaysia bahawa negara itu akan membantu sembilan sukarelawan rakyat Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Israel ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini, yang dihadiri ribuan rakyat bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin.

Perdana Menteri berkata, jaminan itu diberikan hasil hubungan erat Malaysia dengan negara-negara sahabat dalam memainkan peranan penting dalam usaha diplomasi bagi membebaskan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Zionis sebelum ini.

“Sembilan masih di tahanan Israel. Kita dengar kisah tadi, dan tentunya sebagai manusia, kita terkesan. Ini kisah derita abad ini. Bukan tahun ini. Bukan dua tahun yang lalu.

“Abad ini belum pernah menyaksikan penderitaan rakyat dihina, diabdikan, seperti mana yang dialami oleh masyarakat, rakan-rakan kita, Gaza dan Palestin,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa Malaysia akan terus bersama negara-negara Islam dan dunia Arab untuk menentang penindasan Zionis serta memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan segera kepada rakyat Gaza.

“Lakukanlah sedaya upaya kita. Ya, betul, ada pengorbanan. Saya terharu kerana betul mereka menceritakan pengalaman, tapi tidak pernah seorang pun yang bicara, yang meninggalkan sebenarnya mereka ini, sekadar membawa suatu suara. Suara. Suara memperjuangkan nasib rakyat Gaza dan Palestin.

“Kita berkumpul malam ini, betul kita raikan mereka, kerana mereka itu jadi wakil kita, memperjuangkan kebebasan, kemerdekaan, dan maruah orang Palestin,” katanya lagi.

Menurut beliau, rundingan yang kini sedang dijalankan bersama beberapa negara lain perlu dilihat sebagai langkah awal ke arah penyelesaian yang lebih menyeluruh mengenai isu ini walaupun liku perbincangan masih panjang.

Related Posts

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

WALAUPUN dua negara ini berdekatan dan mempunyai budaya hampir sama tetapi memilih pendekatan yang sangat berbeza dalam soal bayaran kepada pemimpin tertinggi negara. Ketika Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

PUTRAJAYA – Malaysia bersedia menggerakkan aset bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu rentas sempadan, namun masih menunggu pengesahan serta kebenaran daripada negara berkenaan. Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin