RM13 juta dadah dirampas, dua suspek giat dikesan

IPOH – Polis menumpaskan cubaan penyeludupan dadah terbesar di Perak setakat tahun ini selepas merampas 385 kilogram (kg) dadah disyaki methamphetamine dan heroin base bernilai hampir RM13 juta dalam satu kejadian pengejaran di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Slim River, Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.30 petang apabila sepasukan anggota Unit Rondaan Lebuhraya (EMPV) dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengesan sebuah Honda Stream yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 375 arah selatan.

“Apabila diarahkan berhenti, pemandu kenderaan berkenaan bertindak memecut laju sebelum dikejar sejauh dua kilometer.

“Kenderaan itu akhirnya berjaya dihentikan namun dua suspek melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pada Rabu.

Pemeriksaan ke atas MPV tersebut membawa kepada penemuan 15 guni berisi dadah disyaki methamphetamine seberat 374 kg dan satu bungkusan plastik hitam mengandungi heroin base seberat 11.281 kg, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM12,945,603.

Menurut Noor Hisam, rampasan itu dipercayai untuk pasaran Lembah Klang dan dianggarkan mampu menampung penggunaan lebih 3.7 juta penagih dadah.

“Ini merupakan rampasan terbesar direkodkan di Perak setakat ini. Kejayaan ini hasil risikan berterusan dan tindakan pantas anggota di lapangan,” katanya.

Tambah beliau, hasil semakan mendapati kenderaan tersebut berdaftar atas nama seorang wanita dan bukan kenderaan curi.

“Polis kini giat mengesan dua suspek yang melarikan diri serta akan memanggil pemilik kenderaan terbabit bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Noor Hisam turut menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) komited memerangi jenayah dadah demi melindungi generasi kini dan akan datang. Orang awam digesa terus menyalurkan maklumat bagi membantu usaha ini,” katanya.

Related Posts

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

KOTA KINABALU – Penganjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) Hospitality Fiesta 2.0 dilihat sebagai platform penting dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai suasana sebenar industri hospitaliti. Naib Canselor UMS, Profesor…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan terus memperkukuh usaha menjaga kebersihan kawasan perkampungan air sebagai langkah menyokong pembangunan sektor pelancongan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat. Mayor Bandaraya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS