Shafie perlu turun padang pastikan Semporna bersih

TAWAU – Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal disaran lebih kerap turun padang ke kawasannya bagi memastikan kebersihan dan imej daerah itu terpelihara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, Shafie yang berkhidmat lebih 30 tahun itu wajar berperanan aktif memantau kerja-kerja pembersihan di Semporna. 

“Saya harap beliau (Shafie) akan lebih rajin turun padang untuk pastikan Sempona jangan menjadi bandar paling kotor di seluruh Asia kerana tahun depan adalah tahun melawat Malaysia. 

“Ini saya serah kepada beliau untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya kepada media dalam lawatan kerja ke tapak projek naik taraf landskap Taman Pelita sempena Sentuhan Kasih KPKT Sabah, di Tawau, pada Rabu. 

Beliau turut berkata demikian sebagai mengulas video tular yang dimuat naik oleh seorang pelancong asing memaparkan longgokan sampah di sekitar Semporna dengan kapsyen ‘Asia’s Dirtiest Town’. 

Video dimuat naik akaun Backpacker Ben itu mendapat tontonan sehingga 25,000 tontonan, ditanda suka 720 dan 355 perkongsian. 

Dalam pada itu, Kor Ming memaklumkan bahawa sebanyak 39 Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) dilaksanakan di Sabah dan projek itu akan dijenamakan semula kepada Program Residensi Rakyat (PRR). 

“Setakat ini, kita telah pembina 39 projek PPR dan ini yang tertinggi antara negeri. 

“Ada juga projek lama atau projek sakit yang telahpun berlarutan sejak perancangan Malaysia ke-8 telah berjaya Kerajaan MADANI siapkan bulan ini,” katanya. 

Nga turut menyeru agar lebih banyak penduduk Tawau membangun Pasukan Bomba Sukarela (PBS) sebagai galakan semangat kesukarelawan untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat.

“Kita sudah ada 367 buah pasukan PBS di seluruh negara dan sekiranya berjalan lancar, elaun PBS dari RM1,500 yang menjadi RM5,000 akan ditingkatkan menjadi RM10,000 untuk satu pasukan,” ujarnya.

Related Posts

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

BAGAN SERAI – Kegiatan Geng Man Kuda yang dipercayai bergiat aktif dalam kes samun dan curi kenderaan di tiga negeri sejak Jun lalu tumpas selepas polis menahan empat individu serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

MARUDI – Sebuah helikopter sewa khas yang dipercayai membawa lima individu bagi perkhidmatan doktor udara dilaporkan terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang. Insiden nahas yang dilaporkan berlaku pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

  • By Aden
  • September 8, 2026
PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat