Perkhidmatan LRT stesen Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 12.30 tengah malam

PUTRAJAYA – Perkhidmatan LRT Stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah malam ini bersempena Majlis Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Rapid Rail Sdn Bhd berkata, perkhidmatan tren tambahan juga akan disediakan bagi memudahkan penumpang pulang ke destinasi masing-masing dengan selesa.

Syarikat itu menerusi kenyataan memaklumkan, stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, namun penumpang masih dibenarkan keluar di stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

“Selain itu, beberapa stesen pertukaran terpilih turut dilanjutkan waktu operasi bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi akhir.

“Bagi LRT laluan Kelana Jaya, stesen pertukarannya adalah di Masjid Jamek; manakala bagi LRT laluan Ampang/ Seri Petaling, stesen pertukarannya adalah di Masjid Jamek, Plaza Rakyat, Hang Tuah, Chan Sow Lin, Maluri dan Sungai Besi,” katanya, pada Rabu.

Sementara itu, Rapid Rail berkata, penumpang monorel pula boleh turun di stesen Hang Tuah manakala stesen pertukaran bagi MRT laluan Putrajaya adalah Tun Razak Exchange, Chan Sow Lin dan Sungai Besi.

Pada masa sama, menurutnya, stesen pertukaran bagi MRT Kajang pula adalah Pasar Seni, Merdeka, Tun Razak Exchange dan Maluri.

“Penumpang digalakkan menggunakan kad Touch ‘n Go bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar.

“Bagi pengguna token, disarankan untuk membeli token pergi dan balik lebih awal sebelum keluar dari stesen.

“Untuk maklumat terkini mengenai status perkhidmatan, penumpang boleh merujuk saluran media sosial rasmi Rapid KL atau aplikasi PULSE bagi merancang perjalanan,” katanya.

Himpunan Solidariti Flotilla Sumud Nusantara bersama Palestin akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada pukul 6 petang ini yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis itu juga akan menampilkan perkongsian istimewa daripada sukarelawan Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla sekali gus bakal membawa mesej keberanian dari Nusantara ke bumi Palestin.

Related Posts

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

ALOR GAJAH – Kerajaan MADANI akan terus memastikan keperluan semua kaum serta aliran pendidikan di negara ini diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor