Belanjawan 2026: Penduduk Tawau mahu rakyat terbela, bukan sekadar angka atas kertas

TAWAU – “Kami tidak minta banyak, cukup perubahan itu terasa untuk seluruh rakyat.”

Itulah harapan penduduk Tawau, Mas Ayla Abd Sarah menjelang pembentangan Belanjawan 2026 agar tumpuannya tidak terhad pada angka dan dasar semata-mata tetapi memberi nafas baharu kepada rakyat khususnya negeri ini.

Bercakap kepada The Malaysia Press, Mas Ayla berkata, Belanjawan 2026 hendaklah memberi tumpuan utama kepada kos sara hidup susulan rakyat kini berdepan tekanan harga barangan serta keperluan asas yang semakin meningkat.

Katanya, dalam hal ini, kerajaan perlu mengawal harga barang dan pelaksanaan lebih banyak subsidi selain memastikan lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih adil serta pemyediaan bantuan secara tunai kepada golongan B40 dan M40.

“Selain itu, belanjawan kali ini juga diharap dapat memperkukuh bidang TVET dan pendidikan teknikal bagi membuka peluang pekerjaan masa depan serta menambah baik pembelajaran digital melalui capaian internet dan peranti untuk semua pelajar.

“Pendidikan adalah asas kemajuan negara, oleh itu, ia perlu diberi perhatian menyeluruh termasuk menaik taraf sekolah luar bandar, menyediakan latihan serta insentif kepada guru serta memastikan pelajar daripada keluarga B40 mendapat bantuan secukupnya seperti makanan, peralatan dan biasiswa” katanya.

Bagi Khai, seorang pekerja swasta di Tawau menekankan pentingnya Belanjawan 2026 memperkukuh aspek pembangunan asas dan keselamatan di negeri ini.

Antara cadangannya ialah menaik taraf jalan kampung dan luar bandar di Merotai, Balung dan Kalabakan, projek bekalan air bersih untuk kawasan yang masih bergantung kepada air graviti atau tangki simpanan serta pembangunan sistem perparitan dan tebatan banjir di kawasan bandar dan pesisir pantai.

“Semoga kerajaan turut menyedia liputan internet berkelajuan tinggi di kawasan pedalaman, memperuntukkan dana khas kepada usahawan mikro dan PKS dalam sektor pertanian, perikanan dan pelancongan serta menubuhkan pusat inkubator agropreneur untuk belia dan petani muda.

“Selain itu, sektor pelancongan dan pemuliharaan alam sekitar perlu diberi perhatian melalui pembangunan ekopelancongan di Bukit Gemok, Taman Bukit Tawau dan Pulau Sebatik serta usaha pemeliharaan biodiversiti,” tambahnya.

Khai turut menyarankan agar kerajaan menambah pos kawalan keselamatan di kawasan sempadan dan pesisir pantai sekali gus memberikan sokongan berterusan kepada ESSCOM dan agensi keselamatan lain.

Sementara itu, Ahmad Safwan Safaruddin, 24, senada dengan hasrat yang dilontarkan agar pendekatannya berpaksikan rakyat dan dirasai akar umbi.

“Sudah tentu saya menyokong penuh bajet pada kali ini memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, peningkatan peluang pekerjaan, kualiti pendidikan dan penambahbaikan infrastruktur luar bandar demi kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada Jumaat ini.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan