Pesta Kuih Bulan di Roban semarakkan perpaduan dan warisan budaya

ROBAN – Suasana meriah dan penuh warna-warni mewarnai Majlis Pesta Kuih Bulan anjuran Lembaga Pengurus Sekolah SJK (C) Chung Hua Roban yang berlangsung malam pada malam Selasa, dengan kehadiran ratusan masyarakat pelbagai kaum bagi meraikan perayaan tradisi masyarakat Tionghua itu.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir, yang menegaskan Pesta Kuih Bulan atau Zhong Qiu Jie bukan sekadar tradisi masyarakat Tionghua, tetapi juga simbol perpaduan dan keharmonian antara kaum di Sarawak.

“Perayaan seperti ini bukan hanya meraikan warisan budaya, tetapi mengeratkan hubungan antara kita dalam semangat perpaduan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kuih bulan sebagai simbol utama perayaan ini membawa makna mendalam tentang kesatuan keluarga, kasih sayang dan keharmonian hidup bermasyarakat.

Dalam pada itu, Mohd Chee menyeru para pelajar agar menjadikan penglibatan mereka dalam aktiviti kebudayaan sebagai proses pembentukan jati diri, di samping menghormati guru, menyayangi ibu bapa serta mengekalkan identiti budaya masing-masing.

Sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap pembangunan pendidikan dan kebudayaan, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM12,000 kepada SJK (C) Chung Hua Roban bagi melaksanakan aktiviti tahunan sekolah. 

Beliau menegaskan bahawa kerajaan sentiasa komited membantu sekolah-sekolah jenis kebangsaan dalam usaha menambah baik infrastruktur serta memperkukuh penganjuran aktiviti berunsur kebudayaan dan perpaduan.

Majlis yang diadakan penuh meriah itu turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan, sajian tradisional termasuk kuih bulan, serta penyertaan aktif pelajar, guru dan komuniti setempat.

Turut hadir ADUN Kalaka, Mohamad Duri; ADUN Krian, Friday Belik; Ketua Masyarakat Cina Daerah Saratok, Pemancha Lim Guan Ann; wakil Lembaga Pengurus Sekolah SJK (C) Chung Hua Roban, Chua Chiew Ling; serta guru besar SJK (C) Chung Hua Kabong, Oui Ai Hian. 

Pesta Kuih Bulan Roban sekali lagi membuktikan bahawa perayaan budaya mampu menjadi jambatan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan