Penjaja Pasar Umum Sandakan dapat pengecualian sewa dua bulan

SANDAKAN – Penjaja di Pasar Umum Sandakan diberikan pengecualian bayaran sewa selama dua bulan berikutan kerja-kerja naik taraf dan baik pulih paip yang sedang dijalankan di kawasan tersebut.

Pengerusi Sabah Development Berhad, Frankie Poon Min Fung berkata, permintaan pengecualian itu dikemukakan selepas menerima aduan dan maklum balas daripada para penjaja yang terjejas akibat gangguan operasi sepanjang tempoh penyelenggaraan.

Menurut Frankie, langkah itu bertujuan meringankan beban kewangan penjaja yang kehilangan pendapatan sementara waktu.

“Menyedari kesukaran yang dihadapi, saya telah berbincang dengan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Walter Kenson bagi mempertimbangkan pengecualian bayaran sewa.

“Hasil perbincangan, Walter Kenson dengan penuh keprihatinan bersetuju untuk memberi pengecualian sewa bagi bulan September dan Oktober 2025 kepada semua penjaja di Pasar Umum Sandakan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Dalam pada itu, Frankie turut menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan tindakan pantas pihak MPS dalam mempertimbangkan permohonan itu.

“Keputusan ini jelas menunjukkan komitmen MPS terhadap kebajikan penjaja serta semangat kerjasama yang kukuh antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat,” ujarnya.

Beliau berharap agar kerja-kerja penyelenggaraan dapat diselesaikan dengan segera supaya aktiviti perniagaan di pasar berkenaan kembali berjalan seperti biasa.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur