Kerajaan Negeri ambil langkah berani atasi isu air, elektrik yang diwarisi – Hajiji

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah sepanjang lima tahun lalu mengambil langkah berani dan bertanggungjawab untuk menangani isu-isu lama yang diwarisi, khususnya berkaitan bekalan air, elektrik dan infrastruktur kritikal, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, tindakan konkrit termasuk pelaksanaan beberapa projek besar sedang dijalankan bagi menyelesaikan cabaran yang sekian lama membebankan rakyat.

“Beberapa inisiatif telah disiapkan, sementara sebahagian yang lain sedang berjalan untuk disiapkan.

“Sejak menerajui Kerajaan Negeri pada September 2020, Sabah telah diletakkan pada landasan transformasi yang jelas melalui Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang berteraskan tiga tonggak utama iaitu Pertanian, Industri dan Pelancongan; Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat; serta Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau,” katanya.

Tambah beliau, dalam tempoh ini, Sabah telah mengukuhkan ekonominya, menarik pelaburan baharu untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meluaskan bantuan pendidikan dan meningkatkan kesejahteraan sosial semua lapisan masyarakat.

“Pencapaian ini adalah hasil kepercayaan, sokongan dan visi bersama rakyat untuk Sabah yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media sempena Majlis Perjumpaan bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat Kerajaan di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu petang Isnin.

Pada sidang media itu, Hajiji mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 dibubarkan berkuat kuasa 6 Oktober untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah kemudian memberi kuasa kepada rakyat Sabah menggunakan hak demokrasi mereka untuk menentukan siapa yang akan memimpin mereka.

Menurut Hajiji, masih banyak kerja yang perlu diteruskan dan mandat baharu rakyat amat penting bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan negeri.

“Namun, kerja kita belum selesai. Cabaran baharu menuntut penyelesaian yang berani, dan kita bersedia membawa Sabah ke lembaran seterusnya.

“Dengan pembubaran ini, kami
memohon mandat baharu daripada rakyat untuk meneruskan usaha yang telah kami
mulakan membina Sabah yang lebih kukuh, lebih makmur dan bersatu untuk semua.

“Besar harapan saya agar keputusan pilihan raya kelak akan mengukuhkan suara rakyat,
menjaga kestabilan dan keselamatan, serta memastikan kemajuan berterusan untuk
Sabah tercinta,” ujar beliau.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan