Biro Kesihatan santuni masyarakat Orang Asli Alur Beruang

KUANTAN – Biro Kesihatan UMNO Bahagian Pekan hari ini mengadakan program Ziarah Kesihatan ke Kampung Orang Asli Alur Beruang, dekat Pekan.

Program itu adalah sebagai usaha menyantuni masyarakat setempat di samping memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma.

Pengerusi Biro itu, Dr Boi Saidi Abd Razak berkata, selain menyantuni penduduk di kampung tradisional sekitar daerah Pekan, pihaknya juga memberi tumpuan kepada perkampungan Orang Asli dalam daerah berkenaan.

“Boleh dikatakan program ziarah seperti ini menjadi ‘acara mingguan’ Biro Kesihatan dan ia adalah cara paling berkesan untuk menyantuni seberapa ramai penduduk di Pekan,” katanya.

Turut serta dalam program berkenaan adalah Bendahari UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Ishak Mohamed.

Sementara itu, Ishak yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berkata, semua anggota masyarakat perlu memberi sokongan penuh kepada kerajaan Pahang yang kini diterajui Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Apa yang kerajaan Pahang lakukan ketika ini adalah untuk kepentingan dan keselesaan rakyat, sewajarnya sokongan berterusan diberikan kepada Menteri Besar dan barisan pimpinan sedia ada,” katanya.

Ishak dalam masa yang sama turut memuji usaha dilakukan Biro Kesihatan UMNO Bahagian Pekan yang tidak jemu menyantuni penduduk di daerah ini.

“Semangat dan kesudian mereka untuk bersama-sama penduduk pada setiap hujung minggu… mengorbankan masa bersama keluarga demi mendekati penduduk adalah sikap yang terpuji.

“Saya sangat kagum dan bangga dengan komitmen diberikan mereka… terima kasih dan semoga usaha ini dapat membawa segala kebaikan kepada semua,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar