Warisan ‘ikat’ calon dengan denda RM10 juta, kekang lompat parti

TAWAU – Parti Warisan memperkenalkan syarat baharu iaitu menandatangani perjanjian bon bernilai RM10 juta kepada calon yang bertanding atas tiket parti itu, pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah bagi mengekang budaya lompat parti.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, usaha itu agar calon tidak mengkhianati mandat rakyat dan kepercayaan terhadap perjuangan parti.

“Tidak hanya bergantung kepada tindakan lucut keahlian atau jawatan dan gugur kerusi Dewan Undangan Negeri, tapi kita kena denda mereka.

“Tapi kita letak di situ RM10 juta untuk mengikat mereka supaya menegah mereka tidak boleh bertanding kelak dalam pilihan raya akan datang sekali gus menghalang orang-orang seumpama ini menjadi satu gelanggang politik untuk mendapat imbuhan atau habuan daripada perjuangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Slogan ‘Selamatkan Sabah’ sempena kempen PRN17 Sabah di Tapak Fuji Park, Jalan Sin On, di sini, pada Sabtu.

Terdahulu semasa berucap, Shafie berpendirian perlembangaan partinya jelas bahawa sesiapa yang tidak mengikuti parti (melompat), individu berkenaan perlu kosongkan kerusi.

“Dulu kita jadi kerajaan, orang kita melompat dibeli…. Apa mereka mahu? Jawatan? Saya boleh buat dan bagi mereka.

“Tapi apa ertinya saya Ketua Menteri Sabah ketika itu, saya bimbing orang Sabah duduk kekal menjadi kerajaan atas nilai budaya rasuah,” ujarnya.

Menurut Shafie, mana-mana ahli yang pernah melompat keluar Warisan masih boleh diterima menyertai parti, bagaimanapun tidak boleh menjadi calon.

“Langkah kita untuk menyatukan rakyat di peringkat Sabah bukan setakat dengan kaedah dia.

“Kalau mereka insaf dan sedar, tidak mengapa, tapi kita tidak boleh bagi ruang.

“Kadang-kadang ada yang masuk, syarat dia masuk kerana mahu jadi calon, itu tidak boleh.

“Sekiranya kita masukkan, ada setengah orang yang tidak pernah berada dalam gelanggang politik tetapi menguatkan parti kita, maka kita boleh pertimbangkan untuk menjayakannya, yang penting kita boleh ambil kuasa ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shafie kekal menyatakan dengan tegas bahawa Warisan akan bertanding 73 kerusi DUN sekali gus memecahkan spekulasi akan bergabung dengan mana-mana parti.

Related Posts

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah